Search This Blog

Permasalahan Khilafiyah (perbezaan pendapat diantara ulama)



Pada zaman Rasulullah SAW soal pertentangan antara dua nas tidak pernah timbul atau diperkatakan kerana wahyu masih terus turun. Apa yang ada hanyalah pemansuhan (al nasakh) yang berlaku bagi memenuhi keperluan prinsip beransur-ansur (al tadarruj) dalam menentukan hukum.

Walau bagaimanapun, dalam pemansuhan ini sebenarnya ada sifat pertentangan (ta'arud) antara nas. Ini kerana dalam sesetengah kes terdapat pertentangan antara nas yang memansuhkan (al nasikh) dan nas yang kenamansuh (mansukh).

Antara contoh, pemansuhan yang berlaku terhadap hukum meminum arak. Walau bagaimanapun, hal berkenaan tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana Rasulullah SAW masih hidup dan segala persoalan dijawab oleh Baginda SAW.

Persoalan dan permasalahan pertentangan antara nas ini hanya lahir pada zaman sahabat terutama yang berkait dengan hadis. Dalam mengatasi masalah ini, para ulama generasi berkenaan menggunakan kaedah yang mereka rasakan sesuai. Antara kaedah yang digunakan ialah pengutamaan (al tarjih).

Ilmu al-tarjih ini adalah amat penting, terutamanya kepada kita yang hidup di zaman yang serba moden ini. Kita seringkali didendangkan dengan pelbagai fatwa pelik seperti hukum orang bukan Islam di Malaysia sebagai kafir harbi, hukum pengharaman pokemon, hukum pemberian salam kepada non-Muslim, hukum al-tasyabbuh (penyerupaan/imitation) dll.

Kita juga seringkali terdedah kepada permasalahan khilafiyyah (perbezaan pendapat ulama) dalam perkara ibadah seperti bacaan doa qunut ketika solat subuh, wirid secara sirr atau jahr, kaedah selawat dan maulid Nabi SAW, fahaman salafi, sufi, syiah dan aliran sesat, tawasul, permasalahan najasah (najis) dan macam-macam lagi.

Oleh itu, bagaimanakah kita nak memilih pendapat yang paling rajih (benar), terutamanya kepada seorang muallaf yang cetek ilmu seperti saya? Telah pelbagai kelas fardhu-ain anjuran pejabat agama dan NGO saya hadiri, tetapi kelas2 tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah saya, malah menambah kekeliruan saya apabila ustaz di suatu kelas mencaci dan mencerca pendapat2 ustaz dari kelas yang lain.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun terperangkap dalam dilemma ini selepas penghijrahan saya kepada Islam, permasalahan dan kekeliruan saya telah dikurniakan penerangan dan fahaman oleh Allah SWT, dari seorang pakar Usul al-Fiqh dan Maqasid Syariah yang bernama Sheikh Nurudeen Lemu melalui Idt Centre, yang dikendalikan oleh Bro Lim Jooi Soon.

Maka disini saya akan kongsi dengan kalian apa yang telah saya pelajari dari Sheikh Nurudeen Lemu secara peringkat2 agar ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama, insyaAllah.

Part 1: Memahami Hukum Syariat dalam Islam secara ringkas: http://kurauking.blogspot.my/…/memahami-hukum-syariat-dalam…


Part 2: Memahami Hukum Syariat dalam Islam secara ringkas: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-2-memahami-hukum-syariat-dalam.html



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.