Search This Blog

Jangan menindas orang yang lemah iman



Janganlah sesekali kita menindas dan hina orang yang belum Islam dan juga mereka yang imannya lemah. Sebaliknya kita perlu mempamerkan husnul khuluq (akhlak mulia) kepada mereka berserta dengan sokongan dan motivasi.

Setiap orang beramal dengan tingkatan iman dan pembawaan jiwanya sendiri dan hanya Allah SWT sahajalah yang tahu siapakah yang benar dan siapakah yang benar sebagaimana firman Allah SWT:

"Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".(Surah al Isra' - QS 17:83)


Janganlah menjadi asbab dan penghalang kepada mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadith berkata:

Dari `Umar bin al-Khattab bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu)."(HR Muslim)

Apabila hilangnya darjat dari Allah SWT, maka kaum itu akan menjadi kaum yang terhina. Oleh itu, jagalah perpaduan ummah Islam dan janganlah menjadi penghalang dakwah kepada perkembangan agama Islam dan ajaran al Quran.

Apabila Islam tidak dapat berkembang lagi dalam masyarakat itu, maka Allah SWT akan menurunkan darjat kaum itu sebagaimana hilangnya Islam di Sepanyol sehingga azan pun tidak kedengaran lagi.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.