Search This Blog

Bolehkah seorang Muslim berpindah-pindah Mazhab?



Apabila seorang Muslim tidak mempunyai kemampuan untuk berijtihad dengan berasaskan Syara' Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah, kita akan bertaqlid kepada pendapat2 mazhab untuk menyelesaikan masalah mereka agar dapat keredhaan Allah SWT.

Seorang Muslim yang ikut pendapat-pendapat mazhab tanpa tahu dalil digelar sebagai Muqallid. Seorang muttabi'k (asal perkataan ittaba) pula adalah seorang Muslim yang mempunyai asas-asas ilmu syariat Islam yang mengikut pendapat-pendapat mazhab ASWJ dengan pengetahuan hujah dan dalil serta sumbernya. Muqallid dan muttabi'k adalah dibenarkan untuk ikut mana-mana mazhab ASWJ seperti mazhab hanafi, mazhab maliki, mazhab shafie ataupun mazhab hambali.

Ia bukanlah suatu kewajipan untuk hanya ikut satu mazhab yang tertentu sahaja. Memilih pendapat-pendapat yang rajih (kuat) dari mazhab-mazhab yang berlainan adalah dibenarkan dalam Islam dan ia dipanggil talfiq (campur-campur pendapat). Kita boleh ikut mana-mana mazhab ASWJ yang kita pilih kerana ia tiada perbezaan di antara mazhab Syafii dengan mazhab2 ASWJ yang lain.

Jika kita mengambil pendapat mazhab Syafii, ini bermakna kita juga boleh ambil pendapat mazhab-mazhab ASWJ yang lain juga. Tiada dalil yang mengatakan kita hanya kena mengikut satu mazhab sahaja.

Pada zaman sahabat dan tabi’in, tidak ada istilah talfiq dikalangan mereka. Yang ada hanyalah seseorang bertanya kepada ulama yang disukainya dari kalangan sahabat dan tabi’in, lalu dia (yang ditanya) memberi fatwa kepadanya tanpa mewajibkannya berpegang dengan fatwanya, dan juga tanpa melarang orang tersebut dari mengamalkan fatwa selainnya, padahal pemberi fatwa itu mengetahui adanya perbezaan pendapat yang banyak di antara mereka.

Begitu juga di masa para empat imam besar ASWJ dan ulama lain yang sudah masuk kategori ulama mujtahid, tidak ada nukilan dari mereka tentang larangan beramal dengan mazhab selainnya. Bahkan masing-masing saling mengikuti di belakang ulama yang lain, padahal setiap dari mereka mengetahui perbezaan pendapatnya dengan yang lain dalam masalah ijtihadi yang bersifat zanni (tidak pasti).

Maka ini bermaksud orang-orang terdahulu (salafusoleh) adalah dibenarkan mencampur-adukkan (talfiq) pendapat-pendapat di antara mereka. Oleh itu, dalam sesuatu masalah, kita boleh dan dibenarkan untuk ikut pendapat-pendapat dari satu mazhab, kemudian dalam masalah lain, kita boleh pindah dan ikut pendapat mazhab berlainan pula. Talfiq atau memilih pendapat yang paling rajih diantara mazhab adalah dibenarkan dalam Islam. 

Contohnya: Kita mengambil wuduk dan batal wuduk ikut mazhab Hanafi kerana mereka berpendapat hukum menyentuh bukan mahrah atau ajnabi tidak batal wuduk (memudahkan jema'ah semasa ibadah Haji). Kemudian kita solat fardhu pula ikut mazhab Shafii (mula bacaan Surah Al-Fatihah dengan basmalah). Ini dalahlah dibenarkan dalam Islam.

Talfiq yang diharamkan dalam Islam adalah:

1. Haram ikut kepada pendapat seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.

2. Haram ikut kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.

3. Dilarang mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah yang akan menghala ke mafsadah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki. Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

4. Haram bagi pengikut mazhab syafie berkata hanya wajib ikut pendapat mazhab Syafie sahaja dan pengikut mazhab Hanafi pula berkata hanya wajib bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah sahaja. Atau pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata hanya wajib bertaqlid kepada mazhab masing2 sahaja.

Pendapat sebegini yang mengatakan wajib bertaqlid atau ikut hanya kepada Imam atau mazhab tertentu sahaja dan hanya menerima pendapat mazhab masing-masing sahaja dan menolak pendapat yang lain adalah haram di sisi agama Islam.

Ini adalah kerana orang yang berkata hanya wajib bertaqlid kepada mazhab yang tertentu sahaja dan menolak pendapat2 mazhab yang lain seolah-olah mengharamkan pendapat dari mazhab yang lain dan menjadikan Imamnya sebagai 'nabi yang maksum' yang cipta undang-undang Islam.

Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengeluarkan kata-kata sebegini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiyyah.

Muslim yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam mujtahid/mufti/fuqaha yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah SWT di dalam firmannya:

"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahlu`dz Dzikri' jika kamu tidak mengetahui." (Surah AI-Anbiya': QS 21:7)

Kata al-Imam Ibn Hajar al-Haitami,al-Imam Alawi al-Saqqaf dan para ulama yang lain:

Harus bagi seseorang untuk berpindah-pindah daripada satu mazhab ke mazhab yang lain (mazhab empat), sama ada berpindah secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula ke mazhab asal).


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.