Search This Blog

Janganlah bersikap Ghuluw



"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (QS 7:199-200)

1) Jangan bersikap ghuluw, iaitu melampau dalam agama ataupun dalam kehidupan harian. Allah SWT tidak memberati seseorang dengan melainkan apa yang terdaya olehnya. Allah SWT nak kamu beroleh kemudahan dan tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran.


2) Menunaikan kewajipan islah dan dakwah dengan amalan 'amar makruf nahi mungkar' (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

3) Jauhilah orang-orang yang jahil (ignorant) dalam perkara agama dan dunya. Golongan ini termasuklah orang2 yang suka dusta, menghasut, fitnah, menghina, mengumpat, batu api, rasist, bigot, sombong, takbur dll.

4) Memohonlah perlindungan Allah SWT dari segala hasutan dan bisikan syaitan.


Sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.