Search This Blog

In Islam, men and women are equal



"Verily, the Muslim men and Muslim women,
the believing men and believing women,
the obedient men and obedient women,
the truthful men and truthful women,
the patient men and patient women,
the humble men and humble women,
the charitable men and charitable women,
the fasting men and fasting women,
the men who guard their private parts and the women who do so, and the men who remember Allah often and the women who do so - for them Allah has prepared forgiveness and a great reward." (QS 33:35)


Di dalam Islam, hak seorang lelaki adalah sama dengan hak seorang perempuan. Yang berbeza cuma tanggungjawab masing-masing sahaja. Tanggungjawab lelaki adalah menyara rumahtangga, manakala tanggungjawab perempuan adalah menguruskan rumahtangga. Masing-masing perlu tolong-menolong untuk meringankan kerja pasangannya.


Dalam Islam, tiada istilah siapa tunduk kepada siapa (sesama makhluk). Yang ada cuma hormat dan taat. Lelaki perlu hormat dan taat kepada wanita dan wanita perlu hormat dan taat kepada lelaki. Hormat dan taat tidak boleh dipaksa-paksa, ia perlu diperolehi dengan cara adil. Maksudnya, apabila kaum lelaki telah menunaikan tanggungjawab mereka, maka kaum wanita perlu hormat dan taat serta memainkan peranan mereka dan menunaikan amanah mereka (dan sebaliknya).


Islam telah memberi hak dan kehidupan baru kepada wanita. Islam meningkatkan kedudukan wanita ke tahap yang tinggi: iaitu sehingga dia berdiri sebahu dengan lelaki. Seperti lelaki, hak asasi mereka termaktub, jelas dan diakui di seluruh dunia.


Islam memberi hak pemilikan kepada wanita. Mereka kini berhak mempunyai sejumlah Mahar bagi diri mereka. Mereka boleh terlibat dalam perdagangan dan mempunyai harta mereka sendiri. Mereka juga diberi hak untuk mewarisi harta bapa dan suami yang telah meninggal dunia.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain. Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (QS 4:32)


Kelebihan kaum lelaki ke atas wanita hanyalah satu darjat sahaja, iaitu tanggungjawab kepimpinan. Ayah bertanggungjawab memimpin anak-anaknya. Abang bertanggungjawab meminpin adik perempuannya dan suami bertanggungjawab meminpin isterinya. Wanita pula bertanggungjawab menguruskan kehidupan kaum lelaki.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...lelaki mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh wanita dengan cara yang sepatutnya (yang tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan." (QS 2:228)


Oleh itu, janganlah sesekali salah gunakan kelebihan satu darjat ini sehingga menindas dan menzalimi hak wanita. Apa yang kaum lelaki rasai, kaum wanita juga akan merasainya. Contohnya, lelaki rasa bersyahwat melihat aurat wanita, kaum wanita juga akan rasa syahwat apabila melihat aurat lelaki. Inilah sebabnya mengapa al-Quran suruh tundukkan pandangan apabila terlihat aurat orang (QS 24:30 & 31).


Begitu juga apabila wanita mengoyangkan badannya (menari-nari), lelaki akan terangsang dan apabila kaum lelaki goyang-goyang badan, mereka juga akan terasa. Samalah apabila wanita menayangkan bentuk badannya dengan berpakaian ketat, mereka juga akan terangsang apabila melihat kaum lelaki berpeluh angkat berat tanpa berpakaian.


Oleh demikian, apabila kita nak berhukum, hukumlah dengan adil. Janganlah kita double standard sehingga menindas kaum wanita. Sebagai contoh, wanita yang joget apanama dance, dikaitkan dengan akhir zaman dan dajjal. Lelaki yang berjoget zapin dan minang pula diberi pujian dan galakkan pula.


Hukum menari dalam Islam adalah harus secara umum (4 mazhab termasuk mazhab Shafeii) jika tiada kegiatan maksiat terbabit. Maksud maksiat adalah seperti zina, minum arak, merompak, membunuh dsb. Jika tarian itu adalah jenis tarian yang mematuhi syariat, tak kira ia berasal dari barat, timur, selatan ataupun utara, maka ia adalah diharuskan (dalam Islam tiada perkauman, ini termasuk budaya).


Jikalau terangsang syahwat kerana ternampak goncangan bentuk badan (walaupun depa dah berpakaian kemas dan bertudung), maka tundukkanlah mata keranjang mu. Kalau tak mampu, maka berpuasalah. Ini adalah lebih baik dari caci-mencaci atau kaitkan kaum wanita dengan akhir zaman dan dajjal...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.