Search This Blog

Kisah Waraqah ibn Naufal



Waraqah ibn Naufal adalah saudara sepupu Khadijah binti Khuwailid (isteri pertama Nabi SAW). Beliau adalah seorang penulis buku dan penterjemaah bahasa Ibrani yang beragama Kristian. Dia juga adalah seorang pengkaji dan penyalin Kitab Bible.

Diriwayatkan bahwa ketika Rasulullah SAW bertahannuts (ibadah di malam hari) di Gua Hira', baginda SAW telah didatangi Malaikat Jibrail. Rasulullah SAW telah dipeluk dan disuruh 'Bacalah', tetapi baginda SAW menjawab, "Aku tidak tahu membaca".

Malaikat Jibrail mengulangi seruannya menyuruh Nabi SAW membaca sebanyak 3 kali, pastu berkata: (Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah)."

Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW berlari balik ke rumahnya dalam keadaan takut dan gelisah. Baginda SAW lari ke isterinya Khadijah dan kata, "Selimuti aku, selimuti aku!". Baginda SAW pun diselimuti hingga hilang ketakutannya.

Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi di Gua Hira' kepada Khadijah: "Aku mengkhawatirkan diriku". Maka Khadijah berkata: "Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, kerana engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim."

Khadijah kemudian mengajak Beliau untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul 'Uzza. Khadijah berkata:

"Wahai putra pamanku, dengarlah apa yang akan disampaikan oleh putra saudaramu ini". Waraqah berkata: "Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami". Maka Rasulullah SAW pun ceritakan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata:

"Ini adalah Malaikat, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu, pasti aku akan menolongmu". (masa itu Waraqah ibn Naufal telah tua dan buta)

Rasulullah SAW bertanya: "Apakah aku akan diusir mereka?" Waraqah menjawab: "Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan disakiti (dimusuhi). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku".

Walau bagaimanapun, Waraqah tidak sempat mengalami peristiwa yang disebutnya itu kerana dia telah terlebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu.

Selepas itu, Allah SWT pun menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan tinggalkanlah berhala-berhala itu) - Surah al Muddatstsir ayat 1-7. Sejak dari itu wahyu terus turun berkesinambungan."

Diriwayatkah bahwa, jika Waraqah ibn Naufal belum meninggal dunia semasa wahyu diturunkan, beliau mungkin adalah orang yang pertama memeluk agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Wallahu'alam

footnote:
ruj: HR. Bukhari: No 3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.