Search This Blog

Memahami konsep poligami dalam Islam - Part 2




Agama Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin dua, atau tiga atau empat (QS 4:3) apabila mampu dengan syarat dan keadaan tertentu.

Poligami terbahagi kepada dua, iaitu; poligini (seorang lelaki mempunyai beberapa isteri), poliandri (seorang wanita mempunyai beberapa suami). Poliandri adalah haram dalam Islam, manakala poligini diharuskan oleh syarak.

Poligini adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas.

Contohnya, di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga beratusan orang isteri. Begitu juga dalam kepercayaan Yahudi, dimana poligami dibenarkan tanpa batasan. Di India pula, mereka dibenarkan berpoligami walaupun pasangan masih di perut ibu (belum lahir).

Tetapi dalam Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu. Walau bagaimanapun, Islam memerintah umatNya agar berkahwin hanya dengan seorang sahaja jika tidak mampu berpoligami.

Islam menetapkan si suami mesti berlaku adil dan saksama kepada isteri-isterinya. Allah SWT memberi pilihan kepada manusia dalam hal ini, diberi kelonggaran dalam pemilihan mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Terdapat beberapa sebab mengapa Islam membenarkan poligami. Atas dasar kebajikan, Islam membenarkan poligami kerana kadar nisbah wanita adalah lebih tinggi dari lelaki dalam dunia ini.

Jika tidak dibenarkan berpoligami, maka keperluan dan kehormatan muslimah tidak akan terpelihara bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkahwin. Mereka mungkin akan berzina dan merosakkan rumahtangga orang lain atau mereka akan jadi 'public property'.

Poligami juga dapat menyelesaikan masalah penceraian yang kian meningkat dalam masyarakat kita. Wanita-wanita yang diceraikan itu diberi peluang untuk berumah tangga secara berpoligami jika tiada pilihan lain. Maka dengan cara ini, keperluan dan kebajikan wanita tersebut akan terpelihara.

Atas dasar nasab pula, poligami dapat mengurangkan kadar penceraian jika sesuatu perkahwinan itu tidak menghasilkan cahaya mata. Begitu juga bagi wanita yang mengidap penyakit kronik dan tidak dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri, lelaki adalah dibenarkan untuk berkahwin lagi tanpa cerai isteri pertama.

Ini adalah kelebihan yang diberi kepada muslimah dalam Islam, dimana para isteri dibenarkan menuntut penceraian jika pasangan lelaki tidak mampu memberi nafkah hidup. Tetapi malangnya, poligami pada hari ini dipandang hina oleh puak secular dan liberal. Mereka lebih rela pakai sexy dan lelong diri dari berpoligami.

Bagi saya, satu masyarakat yang membenarkan poligami tetapi muslimah berpakaian tutup aurat, menjaga kehormatan dan kesucian adalah beribu kali lebih baik dari sebuah masyarakat yang mengharamkan poligami tetapi membenarkan kemaksiatan atau pelacuran.

Jika konsep poligami itu dibangunkan atas dasar taqwa dan tuntutan Islam, institusi kekeluargaan dan masyarakat akan makmur dan sejahtera sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW berjaya memimpin sebelas orang isteri yang terdiri dari wanita-wanita dari latar belakang yang berbeza-beza, dari etnik atau kabilah yang berbeza-beza, tapi mereka semua bersatu hati, bahkan sangat mendukung perjuangan suaminya.

Oleh kerana itu, kabilah-kabilah Arab akhirnya tunduk dibawah kepimpinan Rasulullah SAW. Isteri-2 Nabi SAW pula diangkat oleh Allah SWT sebagai "Ummahatul Mukminin" yang bermaksud "Ibu-ibu kepada orang-orang beriman". Gelaran ini datang dari firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka..." (Surah Al-Ahzab ayat 6)

Ayat diatas juga dapat dijadikan pedoman kepada mereka yang ingin berpoligami; "Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri..."

Oleh itu, jika belum lagi sampai darjat; "lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri sendiri...", (yakni menjadi seorang mukmin), maka sendiri mau fikir laa...jangan kerana asyik mau berbini banyak sehingga kehilangan bidadari di surga...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.