Search This Blog

Haram niagakan keperluan asas manusia



“Kaum muslimin itu berserikat (dalam kepemilikan) pada tiga hal: rerumputan (yang tumbuh di tanah tak bertuan), air (air hujan, mata air, dan air sungai), dan kayu bakar.” (HR. Abu Daud no. 3477 dan Ahmad 5: 346)

Dari Iyas bin Abdin ra, bahwa Nabi SAW melarang jual beli kelebihan air. (HR. Khamsah, kecuali Ibnu Majah, hadits ini di sahihkan oleh at-Termizi)

Ulama sepakat, tentang hukum haramnya jual-beli air yang terdapat dalam sumbernya, seperti yang berada di sungai, perigi, kolam, tasik, laut dll. Walaupun ia berada di bawah penguasaan pemiliknya.

Dalam hadits disebut sebagai 'kelebihan air', maksudnya adalah bahwa pemiliknya lebih berhak terhadap air yang terdapat dalam sumber air tersebut, namun ketika ia telah memenuhi keperluannya, ia mesti dimanfaatkan kepada orang lain yang memerlukannya.

Pemilik tidak boleh menjualnya kepada orang lain yang memerlukannya. Air tersebut boleh dimanfaatkan oleh orang ramai tanpa bayaran. Dan jika pemiliknya menjual air tersebut kepada orang yang mengambilnya, maka hukumnya haram dan pelakunya berdosa.

Pada zaman Rasulullah SAW, umat Islam megerjakan keperluan asas tanpa diniagakan. Tidak ada pihak ketiga yang menguruskannya dan mengambil untung. Air, makanan asas, pendidikan, rumah dll semuanya dalam pengurusan pemerintah. Jika ada bayaran sekalipun, ia bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sekadar menampung kos dan memajukan infrastuktur.

Tetapi pada hari ini, segala-gala keperluan asas manusia diperniagakan. Malah dikenakan cukai yang melampau-lampau. Kita kena ingat, salah satu cabang riba’ ialah apabila urusniaga itu tidak adil dan menindas. Air yang dapat percuma dijual dengan pengambilan untung.

Contoh lain seperti kos pembinaan rumah 3 bilik yang hanya RM100,000 yang sebenarnya hanya RM70,000 (kerana mereka beli semua secara pukal) dijual pada harga yang tinggi melampau. Kos asal dicampur dengan upah dan segala bagai dokumentasi, katakan harganya hanya jadi RM200,000 dan developer akan jual pada harga RM500,000.

Di situ sudah ada pengambilan untung. Dibeli pula oleh investor awalan sebelum launching property dengan harga RM500,000 dan setelah siap terus dijual dengan harga RM600,000. Dibeli pula oleh kita dengan harga RM600,000 untuk didiami. Buat loan RM540,000 dan kena bayar RM1.5 Juta (termasuk interest BLR atau BFR untuk Islamik Bank).

Sepatutnya pemimpin negara perlu rasa malu bila yang jadi gelandangan ialah warganegara sendiri dan bukannya orang lain. Kemudian, tahu pula gelandangan itu disifatkan sebagai perosak pemandangan di KL sehingga orang nak bagi makan kepada gelandangan pun disalahkan dan dihukum.

Dulu kita tinggal di kampung miskin dan tak berharta. Hidup hari-hari main basikal, mandi sungai, lastik burung sentiasa gembira sahaja dan mak ayah, atuk nenek semua tak ada hutang kecuali yang kaki judi dan kaki sabung ayam. Bila sudah besar, pergi ke KL nak ubah nasib tapi kita diperangkap dengan hutang yang buat kita jadi murung sepanjang hayat.

Hutang dah tak boleh nak lari dah hari ini. Adakah kita rela berhutang rumah sehingga membayar RM1.5 juta untuk rumah yang hanya berharga RM100,000? Janganlah niagakan keperluan asas manusia kerana betapa mahal sekalipun kita jual, ia tetap akan dibeli kerana terpaksa atau kita akan hidup sensara kerana tidak mampu.


Wallahu'alam
footnote:
ruj: - Kenapa hari ini ramai orang mati muda kena heart attack tapi atuk-tauk dulu sehari hisap sekilo rokok pun ramai mati sakit tua - by Saiful Nang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.