Search This Blog

Kafir Harbi



Nak dengar pasal kisah kafir harbi yang seharbi-harbinya? Kisah ni very famous, ramai yang dah tahu pasal kisah ini, iaitu kisah pasal Rasulullah SAW dihalau, dihina, diejek dan dibaling dengan batu sehingga luka dan darahnya mengalir sehingga ke kasut.

Ya betul, ini pasal kisah Tragedi Thaif. Kisah ni bermula selepas pemergian Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Umat Islam pada ketika itu diserang hebat oleh kaum musyrikin Mekah.


Rasulullah SAW telahpun pergi ke Thaif untuk meminta pertolongan dan perlindungan untuk umat Islam daripada penduduk Thaif. Malangnya, penduduk Thaif menolak permohonan baginda dan penduduk Thaif keluar beramai-ramai mengejek dan mencerca Nabi SAW.

Nabi berjalan pulang dengan sedih, di sepanjang perjalanan pulang itu, Nabi dibaling dengan batu sambil diejek berulang kaji untuk menghalau Nabi dan menolak kesucian Islam. Kesakitan Nabi SAW bukan sedikit, luka-luka di badannya dan darah yang mengalir bertakung di dalam kasutnya.

Di saat kesakitan itu, Nabi SAW mengadu dan berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu juga, Malaikat Jibril as. datang dan memanggil Nabi dan berkata, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan dan jawapan kaummu terhadapmu, dan Allah telah mengutus Malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan kemahuanmu”.

Kemudian Malaikat penjaga gunung datang, mengucap salam dan berkata kepada Nabi Muhammad, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah Malaikat penjaga gunung, dan Rabb-mu telah mengutusku kepadamu untuk engkau perintahkan sesukamu, jika engkau suka, aku bisa membalikkan gunung Akhsyabin ini ke atas mereka”.

Lalu Nabi Muhammad SAW menjawab, “Jangan! Tetapi aku menginginkan semoga Allah berkenan mengeluarkan dari anak keturunan mereka generasi yang menyembah Allah semata-mata, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun”.

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran dan teladan dari kisah ini. Walaupun penduduk Thaif secara terang2 memerangi Rasulullah SAW, baginda tidak pernah sekali pun mengeluarkan perkataan kesat dan tuduhan yang bukan2 seperti Dapigs laknatullah, cina babi ataupun kafir harbi.

Bukan sahaja Nabi SAW tidak berbuat begitu, malah baginda telah berdoa agar keturunan mereka jadi orang-2 yang beriman. Inilah sunnah Nabi SAW yang sebenar-benar sunnah. Jika kita mengaku sebagai seorang Muslim yang mencintai Rasulullah SAW, mengapa kita tidak mencontohi sunnah baginda SAW yang mulia ini?
Demi sedikit punya habuan duniawi, kita pada hari ini sanggup mencerca dan menghina serta menakut-nakutkan mereka yang bukan Islam sehingga menjauhkan diri dari beriman kepada Allah SWT dan agama yang suci ini.

Pernahkah Rasulullah SAW mengajar kita berbuat begini? Jika tidak, mengapa kita melakukannya? Sendiri punya innovasi? Alhamdulillah...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.