Search This Blog

Part 4: Mengapa kita perlu hadith jika al Quran telah sempurna?




Hadith adalah seperti berita yang kita baca dalam surat khabar. Untuk memahami isi kandung cerita, kita perlu tahu bila, dimana dan kenapa ia berlaku. Kita juga perlu tahu kesahihan berita itu. Contohnya, jika berita itu datang dari Utusan Malaysia atau Berita Harian, maka kita akan terasa ragu-ragu akan kesahihan berita itu kerana mereka biasa mendustakan berita yang disampaikan.


Tetapi, apabila semua media melapurkan berita yang sama, maka berita itu telah jadi mutawatir. Inilah sebabnya mengapa kita tidak perlu syak atau ragu kesahihan hadith mutawatir. Dalam manhaj (methodology) usul al-fiqh, sumber utama untuk istinbat hukum dan menghasilkan fatwa adalah al Quran dan hadith mutawatir.


Hadith mutawatir biasanya tidak akan bercanggah dengan ayat al Quran kerana kejadian berita itu telah disaksikan oleh ramai orang. Jika berlakunya percanggahan, maka masalah ini sudah tentu dinyatakan atau dijelaskan oleh Rasulullah SAW pada ketika itu kerana berita yang mutawatir ini akan disebar luas dengan cepat kesemua kabilah2 tetangga maupun yang jauh kerana nak disampaikan syariat dalam hadith tersebut (contoh seperti solat fardhu 5 kali sehari)


Hadith ahad yang tidak mempunyai keyakinan (i’tiqadiy) dan kepastian (qati') tidak boleh digunakan sebagai dalil atau hujah (untuk membentuk hukum yang baru) dalam masalah usul akidah (perkara2 yang boleh menjejas atau membatalkan akidah umat Islam).

Walaubagaimanapun, jumhur ulama berpendapat bahwa hadis ahad yang bersifat zann ghalib (sangkaan yang kuat bahwa ia adalah benar tetapi tak sampai tahap ilmu) boleh digunakan dalam masalah furu' akidah (perkara yang jika ditinggalkan tidak akan membatalkan akidah umat Islam). Martabat khabar dalam hadith ahad dibahagi kepada 5, iaitu:

1) Ilmu (100% yakin)
2) Zann Ghalib (75% - 99% yakin)
3) Zann (50% - 75% yakin)
4) Syak (50% - 50% yakin)
5) Waham (kurang dari 50% yakin)

(ruj: Boleh tak Hadits Ahad dipakai dalam bab Akidah)


Para ulama telah kategorikan teks agama (al Quran dan hadith) kepada 4 kumpulan, iaitu:


A) Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah - (Authenticated and Certain in it's meaning) - Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang jelas dan kukuh serta tidak mengandung kemungkinan makna yang lain.


B) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - (Authenticated but not Certain in it's meaning) - Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas, walaupun dari segi sanad tidak mempunyai masalah.


C) Zanni al tsubut and Qati al Dilalah - (Not Authenticate but Certain in it's meaning) - Hadith ahad yang mempunyai maksud yang jelas dan kukuh serta tidak mengandung kemungkinan makna yang lain tetapi dari sudut sanad yang tidak sampai ke darjat mutawatir, masih memberi ruang untuk prasangka (zann).


D) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - (Not Authenticate and not Certain in it's meaning) - Hadis Ahad yang mempunyai lebih dari satu maksud atau makna dan dari sudut sanad yang tidak sampai ke darjat mutawatir, masih memberi ruang untuk prasangka (zann).


Biasanya, hadith yang banyak menghasilkan khilaf di kalangan ulama dan hadith2 yang bercanggah dengan nas al Quran adalah dari kategori Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah. Jumhur ulama berpendapat bahwa hadith yang mempunyai Zanni al Dilalah (keraguan pada maksud matan) tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk perkara akidah.


(kecuali hadith zann al-gharib yang boleh dijadikan dalil untuk perkara furu' akidah; ruj - memahami-hukum-syariat-dalam)


Oleh itu, rajin2lah mendalami ilm al-khilaf atau fiqh al-iktilaf jika tidak mahu ditipu oleh mereka yang suka menyeleweng dan memesongkan kebenaran untuk menyesatkan umat Islam. Pada masa yang sama, cubalah menguasai dan memahami ilmu usul al-fiqh dan maqasid syariah sebagai asas untuk membimbing kita ke arah jalan yang benar.


Hadith tanpa al Quran adalah ibarat orang celik jalan pada waktu malam di lorong yang gelap. Walaupun anda berkemungkinan akan selamat sampai ke destinasi, tetapi kebarangkalian awak akan jatuh dalam longkang adalah lebih tinggi.


Begitu juga jika ada al Quran tanpa hadith, ia adalah ibarat orang yang buta jalan di siang hari tanpa tongkat. Walaupun anda berkemungkinan akan selamat sampai ke destinasi, tetapi kebarangkalian awak akan jatuh dalam longkang adalah lebih tinggi.


Kita memerlukan kedua-dua sumber (al Quran dan hadith) ini, untuk sampai ke destinasi dengan selamat dan menjadi seorang Muslim yang berjaya di jalan yang benar.


Wallahu'alam

footnote:
ruj: Memahami kaedah istinbat hukum dalam Islam 
ruj: Maqasid Syariah 
ruj: Permasalahan Khilafiyah 
ruj: Dr Rozaimi Ramle - Boleh tak Hadits Ahad dipakai dalam bab Akidah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.