Search This Blog

Penyakit dalam masyarakat Islam di Malaysia




"Telah datang kebenaran, maka lenyaplah kebathilan, sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". (QS 17:81)


Apabila sesuatu masyarakat tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang benar untuk mempertahankan diri dari kejahilan, maka ia akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit kebathilan. Dan salah satu daripada penyakit kebathilan itu adalah penduduk masyarakat itu akan jadi bodoh sombong dan seterusnya menjadi pengecut.


Mereka akan takut pada segala yang mereka tidak ketahui, walaupun ianya hanyalah bayang2 mereka sendiri. Mereka akan beramal dengan kepercayaan khurafat dan bersikap defensif dan agresif terhadap perkara2 yang mereka tiada berpengetahuan tentangnya. Inilah sebabnya mengapa ramai dikalangan masyarakat Islam kita yang takut kepada salib dan holy water.


Masyarakat Islam kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang betul untuk digunakan untuk mempertahankan diri dan akidah mereka dari kepercayaan palsu sehingga ada dikalangan mereka yang terpaksa menggunakan kuasa politik dan sekatan terhadap penganut agama lain kononnya untuk menyelamatkan akidah para muslimin dalam masyarakat kita.


Mereka menyekat penganut agama lain dari penggunaan perkataan seperti Allah, Rasul, Nabi, al Quran, hadith, fatwa, ibadah dll dengan sangkaan bahwa sekatan ini dapat menyelamatkan umat Islam di Malaysia dari murtad. Padahal al Quran dan sunnah Nabi SAW tidak pernah mengajar kita berbuat demikian. Sebaliknya Allah SWT perintah umat Islam untuk mencari persamaan diantara agama kita dan kepercayaan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud:


Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". (QS 3:64)


Jika disediakan ilmu pengetahuan Islam yang benar kepada masyarakat kita, nescaya penyakit2 ini dapat dibanteras. Tetapi hakikatnya, orang yang menyebarkan kebathilan, hadith palsu dan kepercayaan khurafat dibiarkan berleluasa dalam masyarakat kita. Pendakwah yang membawa kebenaran yang hendak mengajar sunnah yang sahih pula digelar sesat, difitnah dan disekat.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Akan sentiasa ada di kalangan umatku satu kumpulan yang berjuang memenangkan kebenaran, tiada siapa yang berupaya memudaratkan mereka sehinggalah datang urusan Allah (Hari Kiamat).” (HR al-Tirmizi)


Semoga Allah SWT lindungi dan selamatkan kami dari kegelapan jahilia dan diberi ketetapan iman dijalan yang benar, amin.



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.