Search This Blog

Hantu Kum-Kum wujud Kembali



Dulu saya diberitahu bahwa hantu kum-kum yang femes pada 1970-an/1980-an itu merupakan hantu seorang gadis yang cantik yang salah guna sihir. Dia akan berkeliaran pada waktu senja dan malam untuk cari darah anak dara dan wanita yang baru lahir anak. Dia akan merayau-rayau mengetuk pintu rumah cari mangsa sambil kata "kum-kum".

Tetapi setelah dikaji, rupa-rupanya hantu kum-kum ni adalah gelaran untuk 'orang dakwah' pada era itu yang pergi menunaikan kewajipan dakwah dari rumah ke rumah dengan memberi salam 'assalamualaikum'.

Gelaran hantu kum-kum ini dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam pada ketika itu.

Gelaran hantu stokin pula dicipta untuk menyindir muslimah yang berhijab atau berpurdah. Kisah2 ini semua bermula sekitar awal 80-an, apabila wujudnya beberapa kelompok reformasi agama mengikut sunnah yang menyeru umat Islam kembali kepada pangkuan Islam.

Diantara dakwah mereka adalah menyeru umat Islam agar menutup aurat dan solat berjemaah di masjid.

Namun lumrah dunia, apabila ada orang perjuangkan Islam, mesti ada penentangnya. Dan begitulah juga apa yang terjadi kepada golongan dakwah ini apabila terdapat satu kelompok penentang yang memang tidak senang dengan perjuangan mereka (reformasi agama mengikut sunnah).

Mereka telah menggunakan media utama bagi melumpuhkan gerakan reformasi agama ini. Dan salah satu daripada kaedah mereka menghalang dakwah adalah dengan menggunakan watak hantu kum-kum dan hantu stokin.

Penggunaan gelaran hantu kum-kum dan hantu stokin sebenarnya adalah untuk menghalang aktiviti murni golongan2 reformasi agama tersebut. Gelaran2 ini digunakan untuk menakut-nakutkan masyarakat terhadap golongan yang terbabit yang terdiri daripada wanita-wanita yang berhijab atau berpurdah.

Hari ini, label atau gelaran seperti hantu kum-kum dan hantu stokin tidak digunakan lagi oleh mereka yang menentang reformasi agama mengikut sunnah. Sebaliknya, mereka telah tukar dan beralih pula kepada gelaran lain seperti salafi, wahhabi, terrorist dll.

Apabila golongan jenis ini tidak mampu untuk berhujah, mereka akan menggunakan kaedah busuk dan keji seperti menuduh, melabel, fitnah dll (argumentum ad hominem and association fallacy) untuk menyekat dan menghalang orang dari berdakwah dan menyampaikan kebenaran.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.