Search This Blog

Perbezaan diantara syariat Islam dan syariat agama lain





"Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah, kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (QS 2:75)


Inilah perbezaan yang ketara diantara syariat Islam dengan syariat agama lain. Sumber syariat Islam iaitu al-Quran yang diturunkan dan dipelihara oleh Allah SWT (QS 15:9). Manakala syariat agama lain telah diubah dan diseleweng oleh manusia silam demi kepentingan sendiri yang mengakibatkan kesesatan yang memesongkan penganutnya dari jalan yang benar.


Akan tetapi, walaupun al-Quran dipelihara oleh Allah SWT, masih terdapat anasir-anasir yang berusaha siang malam untuk menyesatkan umat manusia dari jalan yang benar, terutamanya dalam masyarakat Islam di negara kita. Oleh kerana mereka tidak dapat mengubah Kalam Allah, mereka menyebarkan sunnah palsu Nabi SAW.


Mereka menyebarkan kepercayaan khurafat dengan menyandarkannya dengan ayat Quran yang mutashabihat dan sunnah2 Rasulullah SAW. Mereka merosakkan akidah dan sesatkan masyarakat umum dengan amalan dan kepercayaan syirik seperti ilmu sihir, ilmu ghaib, saka, azimat dll.


Janganlah biarkan agama tercinta kami dicemar oleh fahaman sesat ini. Berusahalah mendalami Ilmu Islam dari sumber yang sahih. Fahamilah isi kandung al-Quran dan tujuan utama mengapa syariat diturunkan kepada manusia oleh Allah SWT. Belajarlah cara2 membezakan hadith sahih dan hadith palsu.


Agama lain tidak mempunyai sumber yang sahih untuk dirujuk seperti agama Islam. Mereka tidak mempunyai jalan untuk memulangkan kebenaran ke dalam agama mereka seperti kita. Janganlah biarkan agama kita jadi seperti agama mereka dengan pengaruh amalan dan kepercayaan tahyul dan khurafat agar akidah kita dan keturunan kita terjamin.


Janganlah kita sia-siakan usaha para ugamawan yang telah bersusah-payah memelihara sumber sahih agama Islam dari turun-temurun hingga sekarang, yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail demi menjaga kemaslahatan manusia sejagat di dunia ini dan juga di akhirat kelak.


Semoga Allah SWT tetapkan iman kami di jalan yang benar dan tidak menjadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah diberi hidayahNya kepada kami, amin.



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.