Search This Blog

Part 1: Memahami Hukum Hudud melalui Maqasid Syariah




Salah satu cara yang paling effective untuk memahami hukum hudud adalah melalui fahaman ilmu maqasid syariah. Kita perlu ketahui bahwa Islam adalah agama yang adil kepada semua manusia tanpa mengira agama ataupun bangsa. Hudud bermaksud had atau batasan dalam sesuatu hukuman (Limitations on Criminal Punishment).


Pada zaman jahilia Arab, hukuman jenayah adalah berdasarkan hukum rimba (jungle law) iaitu siapa yang perkasa dia berkuasa, siapa yang bodoh akan diperas oleh yang pandai, siapa yang miskin dihisap oleh yang kaya dan siapa yang kaya akan terlepas dari hukuman. Ini adalah suatu kezaliman kepada pihak yang lemah, terutamanya yang tua, wanita dan kanak-kanak.


Oleh kerana ini, Allah SWT telah mewahyukan Hukum Hudud kepada umatNya agar kehidupan manusia boleh mencapai kemaslahatan yang mutlak dengan menganjurkan keadilan yang adil dan serata kepada semua peringkat manusia tanpa mengira pangkat, pengaruh ataupun kekayaan.


Sebelum Islam sampai, penjenayah pada zaman itu menerima hukuman yang teramat kejam seperti dipotong keempat-empat kaki dan tangannya, ditindih dengan batu besar, dijemur di padang pasir hingga mati, dibelah-belah badannya dll. Pihak berkuasa telah mencipta pelbagai jenis alat hukuman untuk menyiksa penjenayah2.


Setelah ketibaan Islam, barulah hukuman2 kejam ini dihapuskan dan digantikan dengan undang2 Islam. Tujuan utama Allah SWT adalah untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Akan tetapi, hukum hudud dalam al-Quran bukanlah hanya tertumpu kepada hukuman jenayah sahaja tetapi juga dalam pelbagai aspek yang lain.


Hukum Hudud dalam al-Quran juga telah menyebut beberapa perkara yang lain seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 187 yang merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 yang merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 pula pasal hukum zihar dan Surah at Talaq ayat 1 tentang edah talak.


Apabila menyebut mengenai undang-undang syariah, ia bukanlah hanya tertakluk kepada hukum hudud sahaja. Hukum hudud hanyalah sebahagian daripada syariat Islam. Syariah Islam adalah lebih luas konsepnya. Menegakkan keadilan adalah syariah. Memberikan pendidikan dan nafkah adalah syariah. Menjaga kemaslahatan rakyat marhaen adalah syariah. Menangkap pencuri duit berbilion-bilion juga adalah syariah.


Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita wajib menerima dan akur kepada semua syariat yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita, termasuklah hukum hudud untuk penjenayah seperti dalam QS 5:38 yang merujuk kepada hukuman potong tangan untuk pencuri, QS 5:33 merujuk kepada hukuman hirabah, QS 2:178 merujuk kepada hukum Qisas, QS 24:2 yang merujuk kepada pelaku zina, QS 24:4-6 merujuk kepada qazaf.


Selain dari hukuman yang telah termaktub dalam al-Quran, terdapat juga beberapa hukuman yang telah disebut dalah hadith2 sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Contohnya seperti hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin, membunuh orang yang telah murtad dan bunuh pembunuh yang sengaja membunuh.


Telah berlaku khilaf (perbezaan pendapat) diantara ulama fuquha mengenai hukuman membunuh orang yang telah murtad kerana ia bukanlah dari sumber yang Qati tetapi dari hadis ahad yang masih mempunyai sifat zann. Hukuman bunuh pembunuh yang sengaja membunuh pula telah digolongkan dalam kategori Qisas yang mempunyai kelonggaran Diyat.


Para ulama berpendapat bahwa hukuman membunuh orang yang telah murtad adalah terikat dengan kelakuan khianat (treason) kerana Nabi SAW dan para sahabat pernah melepaskan orang yang telah murtad tanpa diperangi atau tanpa sebarang hukuman. Murtad yang telah dibunuh pada zaman itu adalah orang2 yang akan membawa ancaman keselamatan kepada umat Islam setelah mereka berpaling.


Abang kepada Zaynab bint Jahsh (isteri Nabi SAW) dan juga suami kepada Ramla bint Abi Sufyan (isteri Nabi SAW), iaitu Ubaydallah ibn Jahsh telah dibenarkan oleh para sahabat ra. untuk murtad dan memeluk agama kristian setelah hijrah ke Abyssinia. Malah, bukan saja Ubaydallah ibn Jahsh tidak dibunuh atau diperangi setelah dia murtad tetapi dia juga hidup secara damai dalam keadaan murtad (sehingga dia meninggal dunia) bersama para sahabat ra. pada ketika itu.


Juga terdapat sebuah hadith yang meriwayatkan bahwa Nabi SAW telah melepaskan seorang Arab Badui yang telah murtad tanpa apa2 hukuman:

Diriwayatkan oleh Jabir, mengatakan; 'Seorang arab badui mendatangi Nabi SAW dan berujar "Baiatlah aku untuk Islam, " maka Nabi membaiatnya untuk Islam. Keesokan harinya si arab badui tadi datang dalam keadaan demam, dan berujar; "batalkanlah baiatku" namun Nabi enggan. (sebanyak 3 kali, lepas tu dia pun pergi meninggalkan Madinah). Ketika si arab badui sudah berpaling, Nabi bersabda: "Madinah ini bagaikan tungku api yang menghilangkan karat-karatnya dan menyaring yang baik saja." (HR Bukhari No.6777, Muslim No.2453 dan lain-lain)


Kita boleh lihat disini bahwa tujuan Islam (maqasid syariah) membunuh orang yang telah murtad bukanlah kerana dia telah meninggalkan agama Islam tetapi kerana dia mempunyai tujuan khianat (treason) yang akan mengancam keselamatan umat Islam pada masa itu. Jika Islam adalah satu agama yang akan membunuh orang yang ingin keluar dari ajarannya, maka siapakah lagi yang berani memeluk agama ini? Islam akan menjadi satu agama yang beku, yang tidak boleh kembang.


Hukum rejam sampai mati (lapidation) untuk penzina yang telah berkahwin adalah satu hukuman yang telah wujud sebelum ketibaan Rasulullah SAW. Ia adalah salah satu daripada hukuman yang telah disyariatkan kepada Nabi Musa as. Hukuman ini seterusnya telah diamal oleh Nabi Isa as dan Nabi Muhammad SAW.


Terdapat hadith sahih yang meriwayatkan Nabi SAW telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang telah berkahwin. Cuma terdapat beberapa ulama komtemporari masa kini yang telah menyifatkan hukuman ini tidak lagi sesuai dilaksanakan di atas alasan keperimanusian dan juga atas sebab kelemahan iman umat masa kini. (rujuk footnote)


Para ulama kontemporari telah mencadangkan agar hukuman hudud untuk penzina yang telah berkahwin dialihkan kepada hukum ta'zir. Hukum ta'zir adalah salah satu daripada syariat Islam yang membenarkan pemimpin atau pemerintah untuk menjatuhkan hukuman, bergantung kepada keperluan dan kemaslahatan setempat (uruf). Contoh hukuman ta'zir adalah seperti sebatan untuk peminum arak dan kaki judi.


Undang-undang negara yang sedia ada juga boleh disifatkan sebagai hukum ta'zir dimana pemerintah telah memberi kuasa dan amanah kepada badan penghakiman negara untuk mewakili beliau untuk menjatuhkan hukuman ta'zir mengikut undang2 dan perlembagaan negara. Kes-kes seperti rasuah, money laundering, hirabah (merompak), membunuh, rogol, hubungan sejenis, terrorism dll semua termasuk dalam kategori hukuman ta'zir.


Hukuman Qisas (the Law of Retaliation) pula merupakan hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang memberikan kebebasan kepada mangsa untuk memilih sama ada untuk membalas balik atau menerima pampasan gantirugi (diyat) atau memaafkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, qisas diwajibkan atasmu berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka, barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya, hendaklah mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Rabbmu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (surah Al-Baqarah, 2: 178-179)


Walau bagaimanapun, hukuman ini adalah sama dengan hukum ta'zir dimana seorang pemerintah atau wakilnya yang akan mengadili hukuman qisas ini dan bukannya dilakukan oleh mangsa sewenang-wenangnya tanpa diadili oleh seorang hakim terlebih dahulu. Diyat pula merupakan pampasan gantirugi yang wajib dibayar oleh penjenayah kepada waris mangsanya disebabkan jenayah yang telah dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

footnote:
- hadith rejam penzina yang telah berkahwin sehingga mati adalah hadith ahad. Dari segi Usul al Fiqh, para ulama fuquha berpendapat bahwa hadith ahad tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk perkara akidah dan hukuman bunuh kerana masih mempunyai sifat zann (zanni al tsubut dan zanni al dilalah) di dalamnya (kecuali hadith yang bertaraf zann al-gharib).
- terdapat ulama seperti imam Malik, imam Muslim dll yang mempertikaikan hadith ini kerana sanadnya diriwayatkan oleh seorang perawi yang bernama Ikrimah Maula ibn Abbas. (khilaf status hadith)



Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.