Search This Blog

Pilih Al Quran atau Maqasid Syariah?



Diantara kekeliruan yang kerap berlaku dikalangan umat Islam pada hari ini ialah salah faham mereka tentang ilmu maqasid syariah. Mereka menanya, "Jika berlaku percanggahan diatara nas al Quran dan maqasid syariah, yang mana awak pilih?"

Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang dipelajari supaya setiap hukum/fatwa yang dihasilkankan oleh para ulama selaras dan bertepatan dengan kehendak (matlamat/natijah) syariat.

Al-Quran merupakan salah satu dari sumber syariat utama Islam selain dari hadits. Maqasid syariah pula dihasilkan dari nas syarak yang diperolehi dari al Quran.

Tanpa nas al Quran, maqasid syariah tidak akan wujud. Oleh itu, maqasid syariah tidak mungkin akan bercanggah dengan tuntutan al Quran.

Jika berlaku percanggahan diantara nas al Quran dan maqasid syariat, maka ia adalah terhasil dari salah faham kita sendiri terhadap nas al Quran atau kehendak syariat tersebut.

Kekadang kita boleh jadi terlalu jumud (literalist/taklid buta pada zahir nas) sehingga terlupa bahwa matlamat (tujuan/objectif nas) al Quran diturunkan oleh Allah SWT adalah kerana nak wujudkan kebaikan (maslahah), menolak keburukan dan menghilangkan kemudharatan (mafsadah).

Islam bukanlah suatu agama yang suka menghukum. Matlamat utama hukuman dalam Islam adalah untuk menginsafkan pelaku dan memberi keadilan kepada pemangsa serta memberi teladan kepada masyarakat umum.

Apabila hukuman dalam Islam dieksploitasi dan dimanipulasikan sehingga hanya segolongan sahaja yang disabit dan tersabit dengan hukuman, manakala yang lain pula terbebas kerana dipengaruhi oleh faktor pangkat, kedudukan dan kekayaan, maka natijah maqasid syariat dalam pensyariatan tersebut telah hilang.

Kesemua hukum syariat yang ditentukan oleh Allah SWT adalah demi kebaikan para hambaNya sama ada disegerakan atau ditangguhkan. Maka segala perkara yang disyarakkan pasti ada kebaikan untuk dicapai atau kemudaratan yang perlu dijauhi.

Oleh itu, apabila umat Islam mengutamakan nas al Quran (secara jumud) tanpa memahami kehendak dan tuntutan syariat, maka kebarangkalian dan kemungkinan berlakunya sesuatu diluar tuntutan ajaran Islam akan berlaku. Ini adalah jelas bercanggah dengan natijah Islam.

Dalam kitab al-Syaikhan (HR Bukhari dan Muslim), disebutkan bahwa di akhir tahun ke delapan belas Hijriyah, masyarakat Arab di Hijaz, Tihana dan Najd mengalami musim kemarau panjang selama sembilan bulan tidak turun hujan padahal hujan menjadi sumber kehidupan mereka.

Diriwayatkan bahwa pada masa inilah Khalifah Umar tidak menjatuhkan hukuman hudud potong tangan terhadap pencuri.

Diriwayatkan oleh Qasim bin Abdurrahman bahwa ada seorang laki-laki yang mencuri harta Baitul Mal, lalu Sa’ad bin Abi Waqas menulis surat kepada khalifah Umar perihal laki-laki tersebut.

Umar pun membalas surat Sa’ad yang isinya pelarangan potong tangan bagi pencuri kerana ia menganggap pencuri itu mempunyai hak terhadap harta Baitulmal.

Imam Malik dalam kitab al-Muwatta, meriwayatkan bahwa Abdullah bin Amr al-Hadhrami datang mengadu kepada khalifah Umar perihal budaknya yang mencuri cermin yang harganya 60 dirham.

Khalifah Umar berkata pada ketika itu, “Lepaskanlah dia, tiada pemotongan tangan baginya.”

Khalifah Umar ibn Kattab ra telah berijtihad dan mengeluarkan fatwa2 yang agak bercanggah dengan nas al Quran kerana beliau memahami kehendak Allah SWT dan tuntutan ajaran Islam yang lebih utama, iaitu memelihara kebaikan (maslahah), menolak keburukan dan menghilangkan kemudharatan (mafsadah).


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.