Search This Blog

Ibadah Puasa




Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (QS 2:183)

Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

"Allah berkata: Setiap amalan anak Adam baginya ganjaran pahala yang ada hadnya kecuali puasa. Ini kerana puasa itu bagi-Ku, dan Aku yang memberikan balasannya" (HR Bukhari dan Muslim)

Puasa sebenarnya adalah bagi melatih ketakwaan. Sesiapa yang merasakan puasanya tidak memberikan apa-apa kesan terhadap takwanya, dia perlu sedar yang dia belum mampu menepati matlamat sebenar ibadah puasa.

Puasa dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam maksiat yang diharamkan. Ibadah puasa adalah latihan rohani bagi mengekang pengaruh syaitan dan hawa nafsu yang sering mengajak kita ke arah dosa dan maksiat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai para pemuda! Sesiapa diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka kamu perlu kahwin. Ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, dia perlu berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya."(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits lain, dinyatakan bahwa puasa ini akan menjadi perisai dan penghalang api neraka. Abu Said a;-Khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak bagi hamba yang berpuasa satu hari demi mengharapkan keredhaanNya, kecuali Allah menjauhkan nya dengan puasa ini daripada api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan". (HR Bukhari dan Muslim)

Apabila ibadah puasa dapat menjauhkan kita daripada api neraka, jadi ia mendekatkan kita kepada Syurga. Abu Umamah meriwayatkan bahwa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku amalan yang aku dapat masuk Syurga dengannya. Rasulullah SAW menjawab:

"Kamu perlu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya" (HR Nasaei, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Ar-Rayyan ialah pintu Syurga yang disediakan khusus bagi mereka yang berpuasa. Sahal bin Said meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Di dalam Syurga ada pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang yang berpuasa masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada orang yang masuk selain daripada mereka yang berpuasa. Apabila masuk orang yang berpuasa, pintu itu akan ditutup. Tidak dapat masuk orang melainkan melalui pintu itu." (HR Bukhari dan Muslim)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.