Search This Blog

Memahami Sufism dan Tasawuf melalui Maqasid Syariah




Setelah bertahun-tahun dikelentong oleh kenkawan saya, akhirnya saya menemui jawapan kepada perkataan tasawuf ini. Menurut kenkawan saya, kalau nak jadi seorang Muslim yang taqwa, belajarlah jadi seorang Sufi dan jika nak jadi seorang Sufi, kena menuntut ilmu tasawuf dulu dan jika nak amal ilmu tasawuf kena zuhud dulu dan jika nak zuhud, kena buang dunia dulu.

Menurut mereka, ilmu tasawuf ialah ilmu syariat tarekat hakikat dan makrifat dan ia adalah cabang kepada ilmu kasyaf yang diamal oleh wali-wali dahulu dan makam dia sangat tinggi, jika kita istiqamah, kita boleh melihat dimensi jin dan malaikat (dengar sampai pening sekejab)...dan macam-macam lagi...betul ke?

Sebenarnya dalam Islam, istilah tasawuf hanyalah bermaksud penyucian jiwa dan hati. Perkataan tasawuf ini biasanya digunakan oleh ahli Sufi moden untuk menampilkan amalan kerohanian mereka seperti zikir, jaga akhlak dan kehidupan yang zuhud. Mereka ini sangat-sangat menjaga niat dan hati dalam beribadat kepada Allah dan mereka tidak melakukan bid'ah.

Oppss...Wait a minute! Bukankah ahli Salafi juga perlu menyucikan jiwa, berzikir, jaga akhlak, hidup zuhud, memperbetulkan niat semasa beribadat, tidak melakukan bida'ah dll? Oleh itu, apakah perbezaan ilmu tasawwuf dengan ilmu tazkiyatun nafs (heart and soul purification) yang diamalkan oleh ahli salafi? Bukankah saya dah cakap, kedua-dua golongan ini adalah sama dalam bab Sufi dan Salafi yang lepas.

(ruj: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/apa-itu-sufi-dan-salafi.html )

Apa yang diamal oleh Sufi, ia juga diamal oleh Salafi dan apa yang diamal oleh Salafi, ia juga diamal oleh Sufi. Ini adalah kerana Tok Guru kepada kedua-dua golongan ini adalah sama, iaitu Rasulullah SAW. Mana mungkin Nabi SAW ajar para sahabat Islam yang lain-lain. Sudah tentu ilmu Islam yang diajar oleh Nabi SAW kepada semua sahabatnya itu adalah sama. Jika ada sahabat yang tidak hadir semasa penyampaian sesuatu ilmu, sudah tentu para sahabat akan sharing sesama mereka.

Cuma generasi yang datang kemudian yang telah monopoli kedua-dua istilah ini dan membezakan kedua-dua golongan ini. Mereka telah membeza-bezakan amalan dua golongan ini dengan kata nama yang pelik-pelik sehingga susah nak difahami oleh orang umum. Islam itu mudah dan jelas, kerana Allah SWT tahu kemampuan umatNya. Islam adalah agama fitrah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Jika Allah SWT ingin menyampaikan sesuatu ilmuNya kepada kita, sudah tentu ia akan diperjelaskannya dalam al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Tidak mungkin Allah menyembunyikan sesuatu ilmu yang dikehendakiNya untuk kita pelajari dan diamali dan tidak mungkin Allah mengkhaskan sesuatu ilmu (ilmu laduni) kepada seorang individu (atau kumpulan) tertentu sahaja dan jika ada, sudah tentu orang itu adalah Rasulullah SAW atau salah seorang dari sahabat Baginda SAW.

Inilah ilmu hakikat yang sebenar-benar hakikat. Oleh itu, terimalah hakikat ini dan jangan buang masa dengan kepercayaan khurafat dari ilmu pelik-pelik itu. Tak kisahlah kamu nak jadi ahli Sufi ke atau ahli Salafi, yang penting ialah ikut ajaran al Quran dan Sunnah yang sahih. Dan jangan sekali-kali membenci, bergaduh atau caci mencaci sesama saudara seagama kita kerana bersatu teguh, bercerai kita roboh.



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.