Search This Blog

Memahami hukum merokok dalam Islam




Nampaknya masih ramai yang kurang faham tentang konsep ahkam dalam Islam. Apa yang dimaksudkan dengan hukum harus ialah apabila kita buat takde dosa dan apabila ditinggalkan takde pahala (atau sebaliknya).

Hukum harus ni kekadang terikat dengan syarat. Contohnya hukum lizatih memakai purdah bagi perempuan adalah harus. Ia boleh bertukar kepada wajib, jika seseorang perempuan itu tidak memakainya boleh mendatangkan fitnah.

Tetapi jika seorang penjenayah memakai purdah untuk menutup muka dengan tujuan kegiatan jenayah, maka hukum lighairih memakai purdah akan menjadi haram.

Ini adalah kerana teori ijtihad Sadd al-Dhara'i bukanlah hukum lizatih (hukum asal yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas) tetapi lebih cenderung kepada hukum lighairih (hukum yang mempunyai illat yang lain, yang akan berubah berdasarkan faktor-faktor tertentu)

Begitu juga dalam bab merokok ni. Jika mengikut pendapat ijtihadi 'jumhur' ulama komtemporari, hukum merokok adalah haram dalam Islam. Jika seorang perokok tegar sedang berusaha berhenti rokok dengan kaedah tadarruj (beransur-ansur/gradualism), maka hukum merokok akan tukar menjadi harus.

Jika perokok tegar yang telah benar-benar berusaha berhenti merokok tetapi masih tidak mampu berhenti, maka hukumnya tukar menjadi makruh (atau paling berat makruh tahrimi).

(footnote: kita perlu faham bahwa, walaupun fatwa pengharaman merokok di Malaysia telah dikeluarkan pada tahun 1995 tetapi ia tidak diwar-warkan dan tidak diberi perhatian sehingga kebelakangan 5 tahun ini sahaje)

Tetapi jika seorang yang tidak merokok atau mampu berhenti dari merokok, maka hukum merokok jelas adalah haram. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (QS 2:286)

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (QS 94:6)

Islam tidak memberati seseorang dengan melainkan apa yang terdaya olehnya. Allah SWT nak kita beroleh kemudahan (yang tidak bercanggah dengan syariat Islam) dan bukannya nak kita menanggung kesukaran.

Oleh itu, jangan kita bersikap ghuluw, iaitu melampau dalam agama ataupun dalam kehidupan harian. Berilah nasihat dengan hikmah dan penuh kesabaran sesama kita dan hindarlah dari sikap suka menindas dan menghina cerca mereka yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri.

Walau bagaimanapun, janganlah dijadikan hukum harus merokok ini sebagai alasan untuk merokok. Merokok ini sememangnya tiada apa-apa faedah yang bermanfaat tetapi hanya akan memudaratkan kesihatan. Kepada sesiapa yang merokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari tabiat mufsadah ini.


Wallahu'alam
ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/…/at-tadarruj-gradualism.html
ruj: http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/ahkam-plural-hukum.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.