Search This Blog

Berilah nasihat walaupun kita belum sempurna




Apa pandangan ustaz pada orang2 yang selalu bagi nasihat kat orang lain. Contonya, suruh orang tu solat, suruh orang tu berjemaah kat masjid, suruh orang tu tutup aurat, cerita kat orang tentang baik buruk dalam agama.

Tapi dia sendiri buat dosa kat Allah. Apa pandangan ustaz terhadap sikap sebegini? Terima kasih ustaz.


Jawapan Dr Rozaimi:

Semoga Allah memberikan hidayah kepada orang itu, boleh jadi dia ikhlas memberi nasihat.

Apabila kita dinasihati, usah kita mencari-cari sangat kelemahan orang yang menasihati.

Jika dia ada kelemahan, kita nasihat dia, kelemahan kita pula, dia nasihat kita.

Imam al-Qurtubi menukilkan dalam tafsirnya: Al-Hasan Al-Basri berkata kepada Muthorrif bin Abdullah:

Nasihatilah sahabat-sahabat mu. Muthorrif menjawab: Sesungguhnya aku takut berkata sesuatu yang tidak aku lakukan.

Al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu. Di manakah orang yang sentiasa melakukan apa yang dia katakan? Syaitan sangat suka untuk membuatkan kalian begini, lalu tiada seorang pun yang akan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.

Sa'id bin Jubair berkata:
Seandainya seseorang tidak mahu mengajak kepada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran sehinggalah dirinya tidak ada kesalahan sedikit pun, maka tiada seorang pun yang akan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Imam Malik berkata: Benar. Siapakah yang tiada kesalahan langsung pada dirinya?

- Dr. Ustaz Rozaimi Ramle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.