Search This Blog

Perbezaan diantara hadis sahih dan hadis hasan



Perbezaan diantara hadis sahih dan hadis hasan adalah pada kedudukan perawinya. Perawi hadis sahih adalah lebih dhobit (dipercayai) dari perawi hadis hasan.

Syarat hadis sahih ada lima:

i) Sanad yang bersambung
ii) Perawi yang tsiqah (adil & dipercayai)
iii) Perawi yang sempurna dhobit - syarat dhobit ialah ingatan yang sempurna atau ada rujukan kitab yang sempurna
iv) Tiada illat (tiada kecacatan)
v) Tiada syaz (tidak bercanggah dgn dalil yg tsiqah)

Syarat hadis hasan ada lima:

i) Sanad yang bersambung
ii) Perawi yang tsiqah (adil & dipercayai)
iii) Perawi yang dhobitnya kurang dari perawi hadis sahih
iv) Tiada illat (tiada kecacatan)
v) Tiada syaz (tidak bercanggah dgn dalil yg tsiqah)

Oleh itu, syarat hadis makbul (hadis yang diterima atau yang boleh dijadikan dalil) ada enam, iaitu:

i) Sanad yang bersambung
ii) Perawi yang tsiqah (adul & dipercayai)
iii) Perawi yang sempurna dhobit - syarat dhobit ialah ingatan yang sempurna atau ada rujukan kitab yang sempurna
iv) Tiada illat (tiada kecacatan)
v) Tiada syaz (tidak bercanggah dgn dalil yg tsiqah)
vi) Perawi yang dhobitnya kurang dari perawi hadis sahih (syarat bagi hadis hasan)

*maksud illat dalam ilmu hadis adalah kecacatan yg tersembunyi manakala maksud illat dalam ilmu fiqh bagi Qiyas adalah asbab/sebab.

Hadis dhoif yg ringan boleh dinaikkan ke taraf hadis hasan ligrairihi jika dapat sokongan dari jalur/turuq (riwayat) lain. Contohnya:

i) Hadis Sahih Lizatihi
ii) Hadis Sahih Ligrairihi (apabila ada sokongan dari turuq lain ia naik taraf jadi sahih lizatihi)
iii) Hadis Hasan Lizatihi (apabila ada sokongan dari turuq lain ia naik taraf jadi sahih ligrairihi)
iv) Hadis Hasan Ligrairihi (apabila ada sokongan dari turuq lain ia naik taraf jadi hasan lizatihi)
v) Hadis Hadits dhoif ringan (apabila ada sokongan dari turuq lain ia naik taraf jadi hasan ligrairihi)

Syarat hadis lizatihi ialah hadis yg berdiri dengan sendirinya manakala hadis ligrairihi ialah hadis yang tidak berdiri dengan sendirinya (hadis yg memerlukan sokongan dari jalur/turuq lain). Turuq (singular tariq) adalah rangkaian/jalur riwayat.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.