Search This Blog

Bonus Part : Memahami Hukum Syariat dalam Islam (Fatwa Pokemon Go Mufti WP)




Sila baca betul-betul kenyataan Mufti WP. Beliau telah berijtihad dengan menggunakan teori Sadd al-Dhara'i (blocking the means) untuk MENASIHATI para Muslimin untuk MENJAUHKAN diri dari permainan pokemon go atas beberapa sebab yang membawa kepada kemudaratan (mafsadah). Beliau tidak sama sekali MENGHARAMKAN permainan tersebut. Harap Makhlum.


Ini adalah kerana Sadd al-Dhara'i bukanlah hukum lizatih (hukum asal yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas) tetapi lebih cenderung kepada hukum lighairih (hukum yang mempunyai illat yang lain, yang akan berubah berdasarkan faktor-faktor tertentu)


Contoh: Hukum lizatih memakai purdah bagi perempuan adalah harus. Ia boleh bertukar kepada wajib, jika seseorang perempuan itu tidak memakainya boleh mendatangkan fitnah. Tetapi jika seorang penjenayah memakainya untuk menutup muka untuk kegiatan jenayah, maka hukum lighairih memakai purdah akan menjadi haram.


(Teori Ringkas Sadd al-Dhara'i: http://kurauking.blogspot.my/2016/06/tools-of-ijtihad-sadd-al-dharai.html)


Inilah diantara sebab2 mengapa kita perlu mempelajari dan memahami Ilmu Usul al-Fiqh dan Maqasid Syariah. JIka kita mempunyai pendekatan ilmu2 ini, kita akan memahami kaedah yang telah digunakan oleh seseorang Mufti atau ulama ketika menghasilkan sesuatu fatwa. Dan yang terlebih penting adalah, kita tidak akan memaki-hamun dan memecah-belahkan perpaduan ummah akibat dari fatwa tersebut.


KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.


Atas dasar ini, maka benarlah sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.


Hadis riwayat Ahmad


Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku, membawa kepada:


Bahaya dari segi pengintipan pihak luar
Pencerobohan ruang peribadi
Faktor keselamatan seperti kemalangan
Kelalaian
Ketagihan melampau terhadap gajet
Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling
Gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan.
Membawa kepada akhlak yang buruk
Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.
Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Kami syorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.


Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.


Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba Allah dan pemegang amanah-Nya di bumi ini sebagai khalifah Allah.


Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


Surah al-Mukminun, 23:115


Kami akhiri dengan berdoa:
Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.


Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

5 Ogos 2016 M bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H

Sumber: Fatwa Mufti WP


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.