Search This Blog

Bigot (pentaksub)




Bigot is a term used to describe a prejudiced or closed-minded person, especially one who is intolerant or hostile towards different social groups (e.g. racial or religious groups), and especially one whose own beliefs are perceived as unreasonable or excessively narrow-minded, superstitious, or hypocritical. The noun is bigotry.

The word bigot was adopted from a derogatory term bī god (i.e. by God), with a sense of "religious hypocrite". The word was recorded around 1900 in French meaning someone who has an excessive, narrow or petty religious devotion. The noun bigotry is referring to intolerance or prejudice, especially religious or racial discrimination.


Maksud perkataan bigot adalah pendegil, pentaksub, orang yang berpegang teguh kepada sesuatu fahaman atau fikiran dengan tidak menghiraukan hujah orang lain. Sikap seorang bigot berhubung rapat dengan sikap 'fanatik dogmatis' dan sikap 'narcissist' yang merupakan sejenis penyakit dalam jiwa seseorang.

Fanatik dogmatis adalah sikap melampau seseorang yang tertutup sehingga menjadi seorang pentaksub (bigot). Mereka tidak boleh berlapang dada (tasamuh/open mindedness) langsung. Mereka akan membenci dan menentang sesiapa sahaja yang tidak bersefahaman dengan cara pemikiran mereka. Mereka tidak boleh terima teguran dan berfikiran sempit.

Mereka akan sentiasa berego-centric dan bersikap mementingkan diri (narcissism). Mereka akan rasa dirinya adalah sudah pasti paling benar dan yang lain pasti salah. Mereka tidak boleh bertoleransi dan penuh dengan curiga dan pra-sangka.

Akhlak mereka yang bersikap bigot (pentaksub) ini buruk dan selalu suka fitnah dan melabel orang lain, terutamanya orang2 yang tidak bersefahaman dengan mereka. Janganlah diperalatkan oleh syaitan yang suka memecah-belahkan perpaduan ummah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."(QS 8:46)

“Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang dapat petunjuk.” (QS 16:125)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.