Search This Blog

Peristiwa Tragedi Memali 1985




Amanat Hadi Awang (Hadi Awang’s Decree) merupakan salah satu punca umat Islam di Malaysia berpecah dan punca berlakunya peristiwa tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah.

Manakala, Harussani bin Haji Zakaria (mufti perak) adalah mufti yang mengeluarkan fatwa bughah terhadap kumpulan Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya). Penduduk kampung Memali yang terdiri daripada penoreh getah dan pesawah padi hanya mempertahankan diri dengan parang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol).


Peristiwa Memali (Operasi Angkara/Operasi Hapus) mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya. Pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang telah ditangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno-Barisan Nasional dan dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counterterrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay dan Pertubuhan ASWAJA telah menyifatkan Ibnu Tamiyyah Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradhawi dan Dr Zakir Naik sebagai pendokong extremism dan terrorism yang berkaitan dengan ISIS kerana didakwa fatwa yang dikeluarkan oleh mereka berbaur keganasan.

Bagaimana pula dengan President PAS Hadi Awang (Amanat Hadi Awang) dan Mufti Perak Harussani bin Haji Zakaria (fatwa bughah tragedi memali) yang terang2 telah menyebabkan penumpahan darah dalam peristiwa tragedi Memali?


Wallahu'alam

footnote:
- Memoir tragedi Memali oleh Riduan Mohamad Nor, C. N. al Afghani
- Memali - a democracy in rubbles
- T. N. Harper (9 Apr 2001). The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge University Press.
- Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa - Ustaz Ahmad Awang
- Titian Kasih ke Memali - FMT




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.