Search This Blog

Al-Quran diturunkan untuk orang2 yang berfikir



Al-Quran itu diturunkan untuk dipelajari, difahami dan diamalkan dan bukan hanya sekadar untuk dibaca atau dihafal sahaja. Allah SWT melarang kita mematuhi orang2 yang tidak mengingati dan mematuhi pengajaran yang tersirat dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
(QS 18:28)


Ibnu Qayyim berkata,“Membaca satu ayat dengan perenungan dan berusaha memahami maksud ayat, itu lebih baik daripada membaca sekali khatam tanpa ada tadabbur dan pemahaman.” (Miftah Daris Sa’adah, terbitan Dar Kutub Al ‘Ilmiyyah, 1: 187).


Berikut adalah diantara ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menuntut agar kita berfikir ketika membacanya supaya dapat memahami pengajaran yang tersirat di dalam ayat2 suci tersebut:

"Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir." (QS 2:219)

"..demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (QS 39:42)

"..untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir." (QS 40:54)

"..tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (QS 13:4)
"..perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir." (QS 59:21)

"..ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." (QS 7:176)

"Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada orang-orang berfikir." (QS 10:24)

Syukur alhamdulillah kepada mereka yang telah berjaya menguasai Ilmu Bahasa Arab untuk memahami isi kandungan al-Quran. Memahami isi kandung al-Quran dalam bahasa asalnya adalah paling afdal tetapi kepada mereka yang masih lemah dalam Ilmu Bahasa Arab, maka mereka boleh baca dan memahamilah maksud isi kandung al-Quran dari kitab2 tafsir dan terjemahan seperti Kitab Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir at-Thabari, Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Jalalayn dll.



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.