Search This Blog

Memahami konsep poligami dalam Islam - Part 1



Saya pernah ditanya oleh kenkawan non muslim saya, adakah Nabi Muhammad SAW seorang kaki seks yang gila seks? Jawapan saya kepada mereka adalah 'tidak'.

"Habis tu, jika tidak, kenapa Nabi kamu kahwin sampai 9 orang isteri?" mereka akan tanya. "Sebenarnya fakta kamu tu salah sikit kerana Nabi saya ada 13 isteri, 11 daripadanya pernah bersama dengan dia sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama." kata saya.

"Wah~!!! Tengok, Nabi kamu memang kaki seks laa, sampai 13 orang isteri." kata mereka.

Untuk menjawab soalan2 sebegini, kita perlu jelaskan kepada mereka tentang perbezaan budaya sekarang dengan budaya terdahulu. Kita kena jelaskan kepada mereka bahwa budaya orang2 dahulu, poligami adalah satu kebiasaan.

Sebelum kedatangan Islam, orang2 jahilia kaya zaman itu mempunyai berpuluh-puluh, malah ratusan orang isteri, tidak termasuk kiraan gundik lagi.

Apabila Islam sampai, Allah SWT menghadkan orang2 yg beriman supaya berkahwin empat jika mampu, jika tak mampu, maka kahwinlah satu sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja” (Surah An-Nisa’ ayat 3).

"Habis tu kenapa Nabi Muhammad boleh kahwin sampai 12 atau 13 orang isteri" kawan non muslim saya tanya.

Saya jelaskan kepada mereka bahwa Rasulullah SAW telahpun berkahwin dengan 12 atau 13 orang isteri Baginda sebelum Perintah dari Allah SWT ini diturunkan. Ini adalah budaya orang2 Arab pada masa itu, iaitu berpoligami tanpa had.

Setelah wahyu Allah SWT diturunkan, Nabi SAW telah memerintah sahabat2 Baginda SAW untuk bercerai yang selebihnya dan hanya dibenarkan mempunyai empat orang isteri jika mereka mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada mereka.

Kawan non muslim saya bertanya lagi, "Kenapa Nabi kamu tidak ceraikan semua isteri2 dia, kenapa Nabi kamu hanya memerintah orang lain untuk bercerai sahaja?"

Saya kata, "Nabi Muhammad SAW telah diberi Perintah yang berlainan dari Allah SWT mengenai perkara ini kerana isteri2 Nabi SAW adalah Ummul Mu'minin, yang bermaksud Ibu kepada semua orang2 Islam.

Maknanya isteri2 Nabi SAW adalah contoh atau 'role model' kepada semua umat Islam. Allah SWT telah memerintahkan kepada isteri2 Nabi SAW bahwa mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan orang lain semasa dan selepas kewafatan Nabi SAW untuk menjaga kesucian kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman:
"...Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (Surah Ahzab ayat 53)

Saya bersambung lagi, "Bukan itu sahaja, Allah SWT juga telah melarang Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin lain atau 'menambah' isteri setelah turunnya ayat ini:

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Tidak halal bagimu (Muhammad) mengawini perempuan-perempuan sesudah itu dan tidak boleh (pula) mengganti mereka dengan isteri-isteri (yang lain), meskipun kecantikannya menarik hatimu kecuali perempuan-perempuan (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan adalah Allah Maha Mengawasi segala sesuatu." (Surah Ahzab ayat 52)

Saya sambung lagi, "Allah SWT telah memberi 'rukhsah' atau keringanan dalam hal ini hanya kepada Nabi SAW sahaja dan bukanlah kepada semua orang Islam. Inilah sebabnya kenapa Nabi Muhammad SAW tidak ceraikan isteri2 Baginda SAW dan hanya memerintah sahabat2nya sahaja untuk bercerai isteri2 mereka yg selebih dari empat.

Perintah ini jelas tersirat dalam ayat ini; Allah SWT berfirman yang bermaksud: "...sebagai pengkhususan bagimu (wahai Muhammad), bukan untuk semua orang mukmin."(Surah ahzab ayat 50)

Setelah saya menghuraikan semua ini kepada kawan saya itu, barulah saya jelaskan kepada mereka istilah 'gila seks' atau 'kaki seks' atau 'compulsive sexual behavior' dari sudut pandangan pakar2 perubatan.

Saya jelaskan kepada mereka bahwa orang2 yang gila seks mempunyai symptom yang jelas kerana ia ialah sejenis penyakit psychotic (psychiatric disorders). Menuruk pakar2 psychiatry, symptom-symptom penyakit ini adalah:

1) Repeated Sex Offenders - (penjenayah bersiri)
2) Exhibitionist - (tak malu, suka menayang)
3) Voyeurism - (kaki ngendap, kaki skodeng)
4) Vulgarism (mulut biadap)
5) Molester - (kaki raba/pencabul)
6) Rape - (rogol)

Saya jelaskan kepada mereka bahwa untuk layak digelar kaki sex mesti ada symptom2 ini kerana apa yang dilakukan oleh seseorang itu mengambarkan apa yg ada dalam jiwa mereka.

Jika seseorang yang tidak mempamerkan symptom2 ini, bagaimana kita nak kata orang itu ada penyakit 'compulsive sexual addiction' yakni kaki seks?

Saya huraikan kepada mereka sifat2 murni yang ada pada Nabi SAW seperti Husnul Khuluq (akhlak mulia) Baginda SAW semasa berdakwah. Bagaimana Nabi SAW tolong fakir miskin. Bagaimana Nabi SAW maafkan orang yang pernah bersalah dengan dia dll.

Saya cerita kepada mereka kisah Nabi SAW berdakwah kepada Bani Tsaqif di Kota Taif dimana Baginda dihina dan dilemparkan batu-batuan sehingga Baginda SAW mengalami kecederaan.

Penghinaan Nabi SAW di Kota Taif telah di datangi malaikat2 untuk menghapuskan penduduk2 disana dengan memhempapkan dua bukit keatas penduduk2 disana.

Tetapi Nabi SAW tidak berbuat demikian dan melarang malaikat2 itu berbuat begitu kerana dikhuatiri Baginda SAW akan kemungkinan 'keturunan' penduduk2 kota itu akan menjadi umat yang taat kepada Allah SWT.

Saya tanya kenkawan non muslim saya, "Munasabah ke orang yang mempunyai akhlak mulia sebegini mempunyai symptom2 kaki sex?"

Lepas tu saya jelaskan kepada mereka lagi, "Dalam banyak2 isteri Nabi SAW, hanya beberapa orang sahaja yang muda, selainnya itu semua sudah berumur." Mungkinkah seorang yang kaki sex berkahwin dengan wanita yang lebih tua darinya yang pernah berkahwin dua kali sebelumnya.

Sudah tentu tidak, awak sendiri pun tak nak berkahwin dengan janda atau balu yang lebih tua dari kamu." kata saya.

Saya bersambung lagi, "Isteri pertama Nabi SAW pernah bercerai sekali dan pernah mati suami sekali sebelum berkahwin dengan Nabi SAW dan dia lebih tua dari Nabi SAW 15 tahun. Tetapi Nabi SAW setia atas perkahwinan itu selama 25 tahun sehingga isterinya wafat tanpa berpoligami.

Hanya selepas kewafatan Siti Khatijah bint Khuwaylid iaitu isteri pertama Nabi SAW, barulah beliau berkahwin dengan perempuan lain dengan tujuan mengeratkan silaturrahim. Perkahwinan adalah salah satu dari cara untuk mengembangkan kuasa dan fahaman Islam.

Perkahwinan adalah salah satu daripada cara orang-orang terdahulu untuk mengembangkan dan meluaskan kuasa dan empayar mereka, contohnya seperti di nusantara, dimana Sultan2 akan mengawini puteri2 Sultan lain demi perkembangan pengaruh mereka.

Oleh itu, kita mana boleh gelar Nabi Muhammad SAW sebagai gila seks atau kaki seks? Lagipun, perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar terhadap seorang Nabi. Dia perlu menjaga nafkah dan kebajikan isteri-isteri beliau dengan baik.

Umat Islam pada zaman itu mengangkat Nabi SAW sebagai 'role model' dan ramai musuh Islam serta kaki munafiq yang sentiasa akan awasi dan memerhatikan gerak geri Nabi SAW. Kalau ada tersilap salah, mereka akan hentam dan caci perbuatan Nabi SAW itu. Kenapa mereka pada masa itu tidak gelar Nabi SAW sebagai kaki seks?

Mereka tidak gelar Nabi SAW sebagai kaki seks pada zaman itu kerana poligami adalah suatu kebiasaan dalam kehidupan mereka. Jika mereka pada zaman itu tidak gelar Nabi SAW sebagai kaki seks, kenapa pula kita pada zaman ini nak gelar beliau sebagai kaki seks?


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.