Search This Blog

Adakah Dr Zakir Naik dalang pendokong keganasan?



Dr Zakir Naik mempunyai berpuluh juta peminat (anggaran meletakkan peminat beliau di lebih daripada 100 juta hanya di Bangladesh sahaja). Tetapi oleh kerana salah seorang dua daripada berjuta-juta peminat itu terlibat dengan keganasan, mereka mahu menyalahkan dan melibatkan beliau dengan terrorism, adakah itu adil?

Dr Zakir Naik adalah salah seorang daripada pelajar atau anak murid Ahmed Deedat. Kebanyakan orang Islam menganggap DR Zakir Naik dan gurunya Ahmed Deedat sebagai tokoh pendakwah yang telah menyampaikan risalah Islam dalam bentuk perbandingan agama. Dr Zakir Naik juga merupakan tokoh pendakwah yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia, termasuklah Malaysia yang telah memberikan anugerah 'tokoh Maal Hijrah' kepadanya.

Masalahnya adalah apabila mereka berdua berdakwah, mereka akan melapurkan kebenaran tanpa sebarang tapisan/filter. Dr Zakir Naik jujur mendedahkan apa yang dikatakan dalam al-Quran walaupun kebenarannya menyengat hati dan perasaan penganut2 agama lain.

Dr Zakir Naik bukan sahaja khatam dan hafal ayat2 Quran dan hadith tetapi juga kitab2 dari agama lain. Beliau akan menggunakan ayat2 dari kitab agama lain untuk membuktikan kebenaran Islam. Disinilah Dr Zakir Naik telah berjaya mengislamkan berpuluh ribu orang di serata dunia.

Oleh kerana ini, pihak pendengki seperti media barat dan tempatan yang dimiliki oleh mereka yang bukan Islam ingin mengaitkan beliau dengan terrorism dan IS. Mereka ingin memburukkan dan menghancurkan reputasi DR Zakir Naik serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Saya amat berduka cita apabila mengetahui terdapat juga NGO Islam seperti ASWAJA yang menyokong kenyataan media barat itu yang telah memfitnah Dr Zakir Naik sebagai dalang pendokong keganasan. Adakah ASWAJA juga mempunyai agenda untuk menghancurkan reputasi DR Zakir Naik dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam?

Pada mulanya ASWAJA mempertikai dan bertelagah dengan Mufti Perlis, DR Asri. Kemudian mereka bermasalah dengan DR Rozaimi Ramle, pakar Hadith dan Usul Fiqh. Sekarang mereka menyokong kenyataan media barat untuk memburukkan nama baik dan reputasi DR Zakir Naik. Astaghfirullahalazim...

Jika Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia ataupun nama singkatannya 'ASWAJA' ini ingin memburuk-buruknya nama baik sendiri, maka saya boleh beritahu anda bahwa mereka telah berjaya dengan cemerlang sekali. Saya juga ingin menegaskan bahwa, mereka dari ASWAJA tidak sekali-kali mewakili para 'ahli sunnah wal jemaah' yang sebenar-benar 'ahli sunnah wal jemaah' di Malaysia. Mereka hanya menggunakan nama 'Ahli Sunnah Wal Jamaah' sebagai nama pertubuhan mereka sahaja...



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.