Search This Blog

Hidup seorang Muallaf



Sungguh beruntung korang yang lahir dalam keluarga Islam sebab lahir dikalangan orang2 yang beragama Islam dan dibesarkan dalam kalangan orang2 yang beragama Islam. Kamu diasuh dan diajar cara hidup sebagai orang Islam dari kalangan orang Islam ini sejak kamu dilahirkan.


Ketika kamu sedang jalani kursus diploma, sarjana, PHD, kami (muallaf) hanya berpeluang membelek mukasurat pertama muqadam dan iqra' di kelas pengajian fardhu ain yang dikendalikan oleh jab. agama. Malangnya, dalam kelas2 fardhu ain itu pula, kami diajar fardhu ain yang tak berapa nak fardhu sehingga meyebabkan hidupan kami menjadi sempit dan hubungan kami dengan keluarga kami menjadi renggang.


Bayangkanlah, kami diajar tak boleh guna perkakas makanan seperti pinggang mangkut sudu garpu keluarga bukan Islam kami kerana ada kesan khinzir. Kami diajar tak boleh dekati anjing dan tempat2 yang pernah dilalui anjing kerana perlu sertu dahulu. Kami diajar tak boleh dekati tempat sembahan nenek moyang kami, malah melihatnya pun akan merosakkan akidah. Kita juga dilarang memberi ucapan perayaan kepada ahli keluarga kami...dan banyak lagi...


Saya percaya kamu yang lahir dalam keluarga Islam juga pernah diajar ajaran2 sebegini. Perbezaannya adalah kamu tak payah berdepan dengan keluarga non Muslim tetapi kami yang telah hijrah ke agama Islam masih mempunyai ramai ahli keluarga yang belum Islam. Kami terpaksa berdepan dengan mereka setiap hari. Ini belum termasuk jiran, kenkawan dan para rakan kerja non Muslim kita. Inilah diantara sebab mengapa orang Islam suka berjauhan (segregated) dengan non Muslim, padahal ini jelas bukan ajaran Islam.


Oleh itu, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada para ilmuwan seperti arwah TGNA, Dr Asri (mufti perlis), Dr Rozaimi dll. Mereka telah memberi rakyat Malaysia ilmu Islam dari skop dan pandangan yang lebih luas. Ceramah dan kulliah mereka power-pack dengan ilmu-ilmu yang memanfaatkan hidupan harian para muslimin, terutamanya kepada kami yang digelar muallaf.


Maka disini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucap ribuan terima kasih kepada mereka ini yang telah bertungkus lumus menyampaikan ajaran Islam yang benar2 berkonsepkan maqasid syariah (tujuan utama syariat Islam diturunkan oleh Allah SWT) kepada kami. Kepada para sahabat yang seagama pula, ambillah peluang ini untuk memperbaiki (islah - to further improve) amalan kita.


Jauhilah mereka yang suka melabel dan memfitnah. Tiada berkat mengambil ilmu dari orang2 sebegini. Ia hanya akan menyesatkan kamu dan juga waris2 kamu jika ia dibiarkan tanpa cegahan. Walaupun pengaruh mereka kuat, sehingga menguasai pihak berkuasa dan institusi keagamaan tetapi saya percaya kuasa Allah SWT lagi kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang pasti lenyap."(QS 17:81)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.