Search This Blog

Ajak orang Melayu bezakan antara adat lama dan agama Islam





Pada awal abad ke-19, masyarakat Melayu yang dah lama memeluk agama Islam tapi masih lagi mengamalkan perkara-pekara khurafat, seperti yang telah diperhatikan oleh seorang pegawai British dalam bukunya, Malay Sketches.

Antara pemerhatiannya adalah orang Melayu ni taat sungguh pada agama, tapi juga suka berjudi, meminjam wang (tapi liat nak pulang balik), dan mengumpat.

Kehidupan orang Melayu masa tu masih lagi dipengaruhi amalan animisme dan agama Hindu, malah dicampur adukkan dengan agama Islam. Amalan ni seperti percaya kat bomoh, ilmu kebal dengan ayat al-Quran, tilik nasib, guna tangkal, puja kubur wali atau keramat, mandi Safar dan sebagainya.

Benda-benda macam inilah yang Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir nak hapuskan. Bagi mereka orang Melayu takkan maju kalau agama sendiri pun mereka tak faham. Dengan tu, mereka seru orang Melayu supaya kembali kepada al-Quran dan Hadis. Sebab tu jugaklah, Sheikh al-Hadi pernah tegur belia Melayu waktu tu yang kata kalau nak jadi alim ni… “kena duduk kat masjid memanjang.”

Antara perkara yang mereka lantang perjuangkan adalah pendidikan. Sebabnya, sebelum tu orang Melayu tak anggap belajar ni penting. Lagi-lagi anak perempuan. Bagi mereka, nanti bila dah besar sikit kahwinkan je anak perempuan tu, pastu selesai masalah. Senang dan mudah!

Mereka mula seru orang Melayu untuk bagi pendidikan kat golongan wanita. Sebab bagi mereka golongan wanita pun boleh berjaya dan patut diberikan kebebasan memilih. Bagi mereka, orang Melayu mesti kejar peluang untuk belajar dan pendidikan tu mestilah tak ada sebarang diskriminasi sama ada dengan darjat, jantina atau usia.

Disebabkan Kaum Muda lantang mengkritik Kaum Tua. Banyak dari ajaran mereka dituduh sesat dan menyeleweng. Antara yang Kaum Muda kritik adalah pendapat-pendapat ulama Kaum Tua yang terlalu ikut adat dan tak ikut ajaran Islam sebenar, macam soal aurat dan solat.

Ulama tradisional berpegang, seorang lelaki Muslim bersolat mesti mengenakan kain sarung, baju dan memakai kopiah tetapi Syeikh Al-Hadi berpendirian, seorang lelaki Muslim boleh bersolat selagi beliau memakai pakaian yang menutup tubuhnya dari pusat ke lutut. Ini termasuk memakai seluar, kot, kemeja dan tali leher.

Antara ulama yang digelar Kaum Tua adalah Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad (Mufti Johor), Hj Abu Bakar Muar (ulama Johor), Sheikh Osman Jalaluddin al-Kelantani (ulama Kelantan),Sheikh Fadhlullah Suhaimi (ulama Pengasas PAS) dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (ulama Indonesia).

Walaupun pertembungan dua golongan ni boleh dikatakan sengit. Tetapi pertembungan itu lebih bersifat perang idea dan ideologi. Masing-masing ada hujah bagi mempertahankan pendapat masing-masing dan masyarakat bertindak sebagai pemerhati dan perlu bijak dalam memilih.

Kaum Muda mengutuk sekeras-kerasnya umat Islam yang taksub kepada ulama sebegini, sehingga sisa makanan mereka pun direbut-rebut untuk dimakan kembali bagi mendapat berkat.

Sumber: http://soscili.my/syed-sheikh-al-hadi-tahir-jamaluddin/

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.