Search This Blog

Haram menghina agama dan sembahan selain Islam



Ummat Islam adalah dilarang (haram) mencerca ataupun menghina agama dan sembahan orang bukan Islam. Muslim dituntut memelihara dan memuliakan Islam daripada diburuk-burukan oleh mereka yang belum Islam. Firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."(QS 6:108)

Larangan perbuatan mencerca dan menghina agama lain adalah untuk mencegah dan menghalang mereka dari mencerca balik agama suci Allah SWT. Ini kerana perbuatan mencaci sembahan mereka mengundang pihak musyrikin membalas cacian tersebut dengan cacian terhadap Allah SWT dan RasulNya.


"Allah SWT melarang Rasul-Nya, Muhammad SAW, dan orang-orang yang beriman mencaci Tuhan-tuhan kaum musyrikin, meskipun cacian itu mengandung kemaslahatan, hal itu menimbulkan kerosakan yang lebih besar daripada kemaslahatan itu sendiri, iaitu balasan orang-orang musyrik dengan cacian terhadap Tuhan orang-orang mukmin, padahal Allah adalah "Rabb, yang tiada ilah selain Dia...." (Tafsiir Ibnu Katsiir Juz 7, Hal. 268)

Apabila kita mencerca agama dan sembahan mereka, mereka akan terasa tidak puas hati dan akan menuntut bela ke atas perbuatan kita dengan mencerca Islam. Oleh itu, jika mereka mencela islam kerana celaan kita terhadap agama mereka, ia seolah-olah kitalah yang mencela Islam.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.