Search This Blog

Fitnah Akhir Zaman bermaksud Syirik Akhir Zaman




Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi)


Dari hadith ini, kita boleh fahami bahwa pada akhir zaman, fitnah akan datang dari para ugamawan. Mereka akan mengajar dan mengeluarkan fatwa yang tidak berdasarkan al Quran dan hadith sahih. Fitnah bermaksud amalan dan ajaran syirik sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..."(QS 2:191)

Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa dari Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, al Hasan, Qotadah, ad Dhohak dan Rabi’ ibn Anas pernah sebut; “Fitnah ini maksudnya ialah syirik. Jadi syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan." (maksud fitnah dalam al Quran dan hadith ujian yang bersifat syirik)

Dalam Islam, syirik dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu syirik akhbar dan syirik ashghar. Syirik akhbar (syirik besar) adalah memalingkan sesuatu bentuk ibadah kepada selain Allah, seperti berdo'a kepada selain Allah, sembelihan korban untuk selain Allah atau mengharap sesuatu selain dari Allah, yang tidak kuasa memberikan manfaat maupun mudharat.

Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik."(HR. At-Tirmidzi 1535, Al-Hakim I/18, IV/297, Ahmad II/34, 69, 86)

Syirik ashghar (syirik kecil) pula bermaksud perbuatan atau ucapan yang bersifat wasilah (perantara) kepada syirik besar. Syirik ashghar dibahagi kepada 2 kategori, iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Diantaranya syirik jali adalah seperti bersumpah atas nama selain Allah SWT dan menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.

Dari Mahmud bin Labid r.a, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil. "Mereka (para sahabat) bertanya: "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?" .Dia S.A.W menjawab: "Iaitu riak" (HR. Ahmad V/428-429)

Contoh syirik khafi (tersembunyi) adalah penyakit hati yang bersifat ujub, riak dan takabur. Ujub (self praise/self admiration) bermaksud sifat suka memuji diri dan dipuji orang lain. Riak (showing off to get praises) bermaksud sifat menunjuk-nunjuk untuk mengaut pujian. Takabur (arrogant, pompous, egotistic) bermaksud sifat meninggi-ninggikan diri secara sombong.

Oleh itu, jika terdapat para ugamawan yang mengajar, berceramah ataupun memberi fatwa yang mempunyai sifat2 syirik sebegini, maka berhati-hatilah jika nak menuntut ilmu dari mereka. Semoga Allah SWT melindungi kita dari para ugamawan sebegini, amin.



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.