Search This Blog

Adakah ibubapa Nabi SAW di neraka?




Daripada Anas radiallahu 'anhu, bahawa seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah, di manakah ayah ku? Baginda menjawab: Di neraka. Apabila dia beredar, baginda memanggilnya lalu berkata: Sesungguhnya ayah ku dan ayah mu di neraka. (Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 203)

Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim:
Hadis ini menunjukkan sesiapa yang mati dalam keadaan kafir, maka dia di neraka. Kaum kerabatnya tidak akan mampu memberi manfaat kepadanya.

Pada hadis ini jua menunjukkan bahawa sesiapa yang mati dalam waktu fatrah di mana masyarakat Arab menyembah berhala, maka mereka ini di neraka.

Ini bukanlah hukuman yang dijatuhkan sebelum sampainya dakwah kepada mereka. Sesungguhnya telah sampai kepada mereka dakwah Nabi Ibrahim dan nabi-nabi yang lain.

Sebahagian ulama pula tidak bersetuju dengan pandangan di atas kerana menurut mereka ibu bapa nabi sallallahu 'alaihi wa sallam adalah mereka yang belum sampai dakwah kepadanya.

Mereka juga berhujah bahawa 'bapa' yang dimaksudkan dalam hadis di atas boleh jua merujuk kepada bapa saudara, datuk etc. Ini berdasarkan penggunaan lafaz bapa dalam al-Quran:

"Mereka berkata: Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya." (Surah al-Baqarah : 133)

- Sebahagian ulama seperti Imam al-Sayuti juga berpendapat hadis Anas ini adalah lemah, akan tetapi ia adalah pendapat yang silap.

- Imam al-Baihaqi menyatakan dalam Al-Sunan Al-Kubra (14458) : Kedua ibu bapa baginda adalah musyrikin berdalilkan hadis diatas.


Kesimpulan:

1- Hadis berkaitan hal ini adalah sahih.

2- Ulama berbeza pendapat dalam memahami maksudnya. Akan tetapi yang zahir menunjukkan bahawa ibu bapa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam adalah bukan Muslim.

3- Tidak perlu kafir mengkafir dalam hal ini.

4- Manakala guru Dr Rozaimi syeikh Syuaib al-arnout pula mendaifkan riwayat Muslim dan menganggapnya silap. Maka pada beliau berpandangan ibu bapa Nabi sallallah alaih wasallam di dalam syurga.


Sumber: Dr Rozaimi Ramle


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.