Search This Blog

Memahami konsep Mukjizat dan Karomah




Maksud karomah adalah sama dengan mukjizat, iaitu suatu kejadian yang luar biasa (miracle) di luar kemampuan manusia awam untuk memenangkan agama dengan melemahkan hujah musuh yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Perbezaan diantara karomah dengan mukjizat adalah, karomah adalah untuk manusia awam dan mukjizat hanya untuk para anbiya sahaja. Hakikat mukjizat dan karomah ialah ia tidak boleh terjadi kecuali dengan izin Allah SWT. Ia bukan macam sihir atau magic, kerah saja maka terus terjadi. Dan ia tidak boleh digunakan untuk memuaskan hawa nafsu manusia.

Contohnya, kizah Nabi Yunus as ditelan ikan paus, beliau tidak boleh keluar dari perut ikan paus sehingga mengucap, "Sesungguhnya aku adalah diantara orang-orang yang zalim". Jika mukjizat adalah sesuatu yang boleh dikawal, nescaya Nabi Yunus telah menggunakannya untuk keluar dari perut ikan paus itu. Sama seperti karomah juga, ia tidak boleh digunakan untuk menunaikan hajat manusia sesuka hati tanpa izin Allah SWT.

Salah satu dari mukjizat Rasulullah SAW adalah al Quran. Baginda SAW telah dikurniakan al Quran oleh Allah SWT melalui malaikat jibrail as dan seterusnya dimushafkan oleh para sahabat ra. dan dihafal dan dibaca oleh semua umat Islam di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Manakala, kitab2 lain yang pernah dikurniakan kepada para anbiya telah ditelan zaman.

Inilah mukjizat yang paling tinggi nilainya jika berbanding dengan mukjizat2 lain kerana setiap huruf yang dibaca akan meraikan pahala dan ia akan dinisbahkan kepada Nabi SAW. Setiap kebaikan yang diperolehi dari syariat al Quran juga akan ditujukan kepada Nabi SAW. Setiap maksiat yang dibendung dari ajaran al Quran juga akan dihitung keatas Nabi SAW. (macam MLM - multi level marketing)

Inilah kehebatan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Begitu juga dengan karomah para wali Allah SWT. Pemikiran feqah imam-imam 4 mazhab telah digunakan dalam amalan kehidupan setiap Muslim di serata dunia. Begitu juga dengan hadith imam Bukhari, Muslim dan imam2 lain dalam kitab2 kutub al sittah. Tidak kurang juga kehebatan karomah imam2 silam seperti at Thabari, al Ghazali, an Nawawi, ibnu Taimiyah, ibnu Qayyim, al-Jauzy, ibnu Katsir, al Qurthubi dll.

Kitab2 mereka sentiasa dibaca dan diamal oleh semua orang termasuk juga non Muslim di serata dunia. Pahala2 yang diperolehi dari kitab2 ini akan dikembalikan kepada pengarang asal kitab2 ini. Dan pahala2 ini pula akan dikembalikan kepada Nabi SAW kerana Islam adalah terhasil dari Baginda SAW melalui Jibrail as atas perintah Allah SWT. Inilah mukjizat yang tiada tandingannya sehingga akhir zaman.

Jika kita membaca, mempelajari, memahami dan seterusnya mengamalkan ajaran al Quran, kita juga akan menjadi sebahagian dari orang yang dikurniakan karomah. Jika kita mengajar atau mengarang buku berdasarkan ajaran dari al Quran dan sunnah sahih Nabi SAW.....dan orang selepas kita pula memperolehi manfaat dari penulisan kita, maka kita juga akan dinisbahkan pahala seperti ulama2 silam itu. Dan mungkin disebabkan ini, kita yang kurang satu point untuk masuk syurga akan dikurniakan jannah, insyaAllah.

Inilah karomah yang sebenar-benar karomah dan bukan siapa boleh terbang macam superman, jalan atas air macam magneto atau kebal macam ironman tapi kerja menyesatkan manusia dan mengajar orang buat syirik. Biasanya cerita2 sebegini direka dan disebarkan oleh anak2 murid untuk menunjukkan kehebatan gurunya sekaligus menampilkan kehebatan mereka setelah menuntut dengan guru hebat sebegini. Usahlah berdusta menggunakan nama agama, besar dosanya.


Wallahu'alam
___________________________
_____________________________________________





Pernah terjadi satu kisah karomah kpd Imam Abu Hanifah, suatu ketika dia nak ambik wuduk, dia nampak ada satu orang sedang wuduk dan airnya mengalir balik ke dalam kolah. Air kolah itu terus jadi hitam dan kotor...

Jadi imam Abu Hanifah pun tak jadi ambik wuduk laa. Orang keliling nampak lalu tanya dia apasal tak wuduk, dia kata nampak air kolah itu telah dikotorkan oleh orang itu, padahal orang ramai nampak jernih je air kolah itu...

Lalu orang ramai pun tanya orang itu apa yg orang tu telah buat? Orang tu kata dia telah banyak berdosa krn byk buat maksiat. Tetiba imam Abu Hanifah pun sedar bahwa kotoran yg dia nampak tu adalah dosa2 yang keluar ikut air wuduk sebagaimana hadis yg kata wuduk dapat membersihkan dosa2 kecik...

Cepat2 imam Abu Hanifah berdoa kpd Allah suruh jangan buka hijab matanya dan jangan kasi dia lihat perkara yg tak sepatutnya di lihat oleh mata biasa...krn bimbang orang ramai taksub dia, akan angkat dia jadi wali Allah dan sembah dia dan mati dalam keadaan syirik...

Inilah contoh seorang wali Allah yg sebenar2 wali...

Sumber: video Jalan Sufi Sejati - oleh MMAY - https://www.youtube.com/watch?v=8_JgR_Ytrd0&feature=youtu.be (minit 1:11)




Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.