Search This Blog

Du Wenxiu - Sultan Dali yang berbangsa Cina



Di Bandar Dali di barat Yunnan, China ialah sebuah kerajaan bebas yg ditubuhkan oleh Du Wenxiu (1823-1872) yg berasal dari Yongchang di dlm sebuah keluarga cina Han yg telah memeluk Islam.

Beliau bukanlah berbangsa Hui yang sememangnya beragama Islam tetapi berdarah etnik Han iaitu etnik yang terbesar di China. Ayahnya adalah seorang mualaf dan ini adalah kelebihan Sultan Dali dalam menyatukan bangsa Hui dan Han.

Penentangan beliau terhadap kuasa Manchu bermula pada tahun 1856 apabila sejumlah 3,000 orang Hui yang beragama Islam telah dibunuh oleh pentadbiran Dinasti Qing di Kunming.

Du Wenxiu kemudiannya menyatukan orang Han dan Hui yang ketika itu di bawah pimpinan Ma Rulong untuk mengusir keluar Bangsa Manchu yang dianggap sebagai bangsa penjajah.

Pada tahun 1856, pembunuhan org Islam beramai-ramai yg dianjurkan oleh seorang pegawai Qing Manchu bertanggungjawab dalam menahan pemberontakan di ibu kota wilayah Kunming mencetuskan satu pemberontakan wilayah pelbagai etnik .

Diskriminasi oleh pentadbiran maharaja China terhadap Hui telahmenyebabkan pemberontakan . Pemberontakan Panthay (1856-1873) ,dikenali sbg pemberontakan Du Wenxiu ialah pemberontakan org Islam Hui dan lain2 etnik minoriti (bukan Islam) terhadap pemerintahan Manchu dlm Dinasti Qing di selatan barat Wilayah Yunnan sbg sebahagian drpd pergolakan gelombang pelbagai etnik Hui.

Maka bermulalah beberapa siri penentangan yang dinamakan Pemberontakan Panthay. Du Wenxiu bukan sahaja mendapat sokongan Han dan Hui, tetapi beliau juga berjaya mendapat sokongan etnik Shan, Kakhyen dan beberapa lagi etnik pergunungan yang tidak beragama Islam.

Pemberontakan adalah tidak berkaitan beragama disebabkan org Islam bergabung dgn org bkn Islam Shan Kakhyen dan lain2 puak pergunungan.

Seorg pegawai British menyatakan bahawa Muslim tidak memberontak kerana agama dan orang cina bertoleransi dgn perbezaan agama dan tidak mungkin menyebabkan pemberontakan dgn cara campur tgn dlm amalan2 Islam.Tambahan lagi, tentera Muslim yg taat setia menolong Qing menghancurkan pemberontakan Muslim.

Di antara tahun 1860 hinggalah 1868, Sultan Dali ini menakluk lebih 40 bandar dan 100 perkampungan. Beberapa siri rundingan juga bertemu jalan buntu.

Du Wenxiu ialah ketua cina Muslim dlm pemberontakan Panthay , sebuah pemberontakan anti-Qing di China semasa Dinasti Qing .Du ialah keturunan Han. Dilahirkan di Yongchang (sekarang Baoshan , Yunnan), Du Wenxiu ialah anak kpd seorg cina Han yg memeluk Islam. Nama asalnya ialah Yang Xiu.

Du Wenxiu ialan Sultan Dali (Sultan Sulayman Ibnu Abdul Rahman) dan memerintah selama 16 thn. Du Wenxiu memakai pakaian cina dan mendpt mandat menggunakan bahasa Arab dlm rejim pemerintahannya.

Du juga mengharamkan babi. Animisme puak pagan, Confucianisme dan Islam telah dibenarkan undang2 dan dihormati dgn gaya birokrasi cina dlm kesultanan Wenxiu.

Populariti Du Wenxiu tidak disenangi oleh Ma Rulong dan akhirnya beliau berpaling tadah dan bersekongkol dengan Manchu setelah ditawarkan jawatan penting dalam kerajaan.

Jeneral Ma Rulong telah ditewaskan oleh tentera Qing. Jeneral Ma Rulong yg menyerah diri dan menyertai Dinasti Qing utk menghancurkan pemberontakan Muslim , telah dinaikkan pangkat dan menjadi pegawai yg paling berkuasa di dlm wilayah.

Pada tahun 1871, tentera Dinasti Qing yang semakin kuat menakluk satu persatu kawasan Du Wenxiu hinggalah Dali dikepung dan beliau terperangkap di dalamnya. Dalam keadaan yang menghimpit, Du Wenxiu menghantar anaknya Putera Hassan ke England untuk memohon bantuan Ratu Victoria tetapi usaha ini hanya sia-sia.

Ketika Putera Hassan masih di perantauan, pada tahun 1873, dengan dibantu oleh pakar ketenteraan Peranchis, Dali jatuh ke tangan Dinasti Qing dan Sultan Dali ini ditangkap dan dipancung ketika beliau dikatakan cuba untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan meminum candu yang banyak.

Jasad Sultan Dali dikebumikan di Xiadui manakala kepalanya diawet dengan madu dan dihantar ke Peking untuk menghadap maharaja sebagai tanda kemenangan Dinasti Qing.

Pemberontakan Panthay berakhir pada Bulan Mei 1873 apabila kubu terakhirnya di Momien jatuh dan gabenornya Ta Sa Kon dijatuhi hukuman mati.

Lebih sejuta nyawa terkorban di dalam pemberontakan ini dan mereka yang masih hidup meninggalkan Yunnan dan berhijrah ke Wilayah Wa di Burma. Di sini, mereka membina penempatan baru yang dinamakan Panglong. Di Burma, mereka dikenali sebagai Panthay dan kini bangsa Hui Panthay ini sudah berasimilasi dengan bangsa lain di Myanmar seperti Shan dan etnik-etnik pergunungan lainnya.

Sultan Sulayman atau Du Wenxiu kini diangkat sebagai wira negara oleh pemerintah Negara China moden. Perjuangan beliau bukanlah suatu penentangan yang sia-sia walaupun hayatnya berakhir dengan tragis. Begitulah kisahnya sultan berbangsa Cina yang menentang Dinasti Qing di Yunnan.

Wallahu'alam
ref: Sultan berbangsa Cina oleh Afzan Yusuf
ref: Encyclopædia of religion and ethics, Volume 8
ref: Revolution and its past: identities and change in modern Chinese history

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.