Search This Blog

Memahami maksud Ruwaibidhah (bodoh) dalam Islam



Akulah orang yang paling bodoh dalam dunia ini. Inilah pegangan aku sejak dahulu lagi. Ini adalah kerana jika saya mengaku diri ku pandai, otak aku akan berhenti dari mencari ilmu. Aku akan mula mencari musuh kerana nak menonjolkan kepandaian aku. Aku akan hidup sensara kerana terpaksa mempertahankan kepandaian aku dari orang2 yang mengaku dirinya pandai...


Dari Abu Hurairah ra; Rasulullah SAW bersabda;
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah #1887 as-Syamilah).


Sebenarnya maksud bodoh dalam hadith ini adalah merujuk kepada orang yang mempunyai ilmu dan nampak kebenaran tetapi masih melakukan kedustaan dan kemaksiatan. Untuk menjadi seorang pengkhianat atau pendusta yang berjaya, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang tinggi. Apatah lagi jika orang itu mempunyai cita-cita nak jadi ustaz terkenal (celebriti) atau orang berkuasa (ulama/mufti) agar orang ramai dengar dan sanjung kepada mereka.


Ruwaibidhah bukan merujuk kepada orang yang jahil ilmu yang sedang berusaha untuk mencari hidayah Allah SWT. Orang yang jahil dan mengaku jahil yang sedang ikhlas berusaha mencari ilmu adalah dipanggil muallaf dalam Islam. Mereka adalah orang yang cetek ilmu yang inginkan hidayah Allah SWT. Setiap orang perlu melalui peringkat muallaf ini sebelum mereka boleh jadi seorang Muslim kerana ilmu dan hidayah tidak boleh diwarisi...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.