Search This Blog

Allah SWT telah mendiamkan beberapa hal sebagai Rahmat bagimu



Islam adalah agama yang mudah kerana ia diturunkan oleh Allah SWT yang menciptakan manusia dan alam semesta. Oleh itu, Dia tahu apa yang termampu bagi kita dalam menghadapi urusan2 kehidupannya dan tidak akan menzalimi kita dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh kita sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Surah al-Baqarah ayat 185)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."(QS 2:286)

Oleh itu, segala perkara dan urusan muamalat adalah dibolehkan (harus dan halal) selagi tiada dalil yang melarangannya (mengharamkannya) dan segala urusan ibadat adalah haram sehingga terdapat dalil yang membenarkannya (menghalalkannya) sebagaimana yang telah difirman oleh Allah SWT:

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi..."(QS 2:29)

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)." (QS 67:15)

"Tidakkah kamu tahu bahwa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Ia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak maupun yang tidak nampak” (QS 31:20)

Seorang Muslim yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam fuqaha dari mazhab aliran ASWJ yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah SWT di dalam firmannya:

"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahlu`dz Dzikri' jika kamu tidak mengetahui." (QS 21:7)

Ia bukanlah suatu kewajipan untuk bertaklid hanya kepada satu pendapat mazhab yang tertentu sahaja. Pendapat yang mengatakan wajib bertaklid hanya kepada satu pendapat mazhab tertentu sahaja dan menolak pendapat yang lain adalah haram di sisi agama. Seorang Muslim adalah bebas untuk memilih mana-mana pendapat yang memudahkan mereka dalam hal keagamaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apa sahaja yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka dia adalah halal, dan apa sahaja yang Ia haramkan, maka dia adalah haram, sedang apa yang Ia diamkan, maka pekara itu adalah dimaafkan (dibolehkan). Oleh kerana itu, terimalah kemaafan daripada Allah itu sebab sesungguhnya Allah tidak akan lupa"

Kemudian Rasulullah SAW membaca Surah Maryam ayat 64: "Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa" (HR al-Hakim dan Bazzar)

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai RAHMAT bagimu (mubah), Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia.” (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh Imam an-Nawawi)

“Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan buat kamu” (Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh kerana itu kerjakanlah dalam kadar semampu-nya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebahagian malam” (Hadis Riwayat Bukhari no.39)


Further reading: http://kurauking.blogspot.my/2016/07/bolehkah-seorang-muslim-berpindah.html



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.