Search This Blog

Islam tidak menghukum perkara ghaib kerana ia adalah milik Allah SWT



Definisi ghaib dalam Islam ialah sesuatu perkara yang tidak boleh di nampak oleh mata zahir manusia tetapi ada ayat dari Al Quran dan hadith yang menjelaskan akan kewujudannya. Oleh itu, menafikan atau tidak percaya wujudnya sesuatu yang ghaib sama ertinya mengingkari agama Islam itu sendiri.

Dalam Al-Quran sendiri telah menyebutkan perkataan 'ghaib' sebanyak 56 kali. Malah, di permulaan surah al-Baqarah, Allah SWT menyebutkan antara tanda orang-orang yang bertakwa adalah, orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (QS 2:2-3)

Walau bagaimanapun, Islam tidak menghukum perkara ghaib kerana ia adalah milik Allah SWT dan umat pilihanNya sahaja seperti para anbiya (dengan izinNya). Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" (QS 27:65)

"Hanya Tuhan sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, melainkan kepada Rasul-Rasul yang dikehendakiNya" (QS 72:26-27)

Contohnya; Bilik air yang dibasuh di dalamnya seekor anjing, dan tidak diketahui bilik air itu telah dibersihkan dan orang ramai berterusan memasukinya, mandi di dalamnya dalam tempoh yang lama, dan telah bertebaran najisnya ke kain pengesat kaki, kain pengelap dan seumpamanya, maka apa-apa yang telah diyakini kena padanya najis tersebut, maka ia dihukum najis, jika tidak (tidak diyakini) maka ia dikira suci. Ini kerana kita tidak menghukum najis hanya berdasarkan sangkaan..." (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hal. 83)

- Qawaid al-Fiqhiyyah - Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-Yaqin la yuzalu bish-shakk) - Certainty is not overruled by doubt.

- Kaedah ijtihad al-Istishab (presumption of continuity) - mengekalkan hukum yang ditetapkan terdahulu tetap berlaku (pada masa sekarang) selagi tiada bukti secara zahir yang merubah keadaannya”. Iaitu mengekalkan suatu hukum berasaskan kepada hukum yang sedia ada selagi tidak ada bukti yang mengubahnya.

Imam Suyuthi berkata, “Kaedah ini dapat diterapkan di semua bab-bab fikih, dan permasalahan fikih yang dicakup kaidah ini mencapai tiga perempat permasalahan” (Al-Asybah wan Nazhoir, hal.51)

Kaedah 'al-Yaqin la yuzalu bish-shakk' ini banyak digunakan dalam permasalahan fiqh, mulai dari masalah ibadah, muamalah sehinggalah kepada hal-hal yang berkaitan dengan hukuman jenayah (innocent till proven guilty).

Kaedah ini juga menunjukkan kepada kita kesempurnaan agama Islam yang membawa rahmat kepada semesta alam, kerana kita semua tahu bahwa kehidupan kita tidak akan pernah terlepas dari keraguan, yang mana dari keraguan ini dapat muncul was-was yang akan mengganggu amalan ibadah kita, terutama di dalam permasalahan taharah dan solat. Akan tetapi Islam memberikan jalan keluar kepada umatnya, iaitu dengan adanya kaedah 'al-Yaqin la yuzalu bish-shakk' ini.

Contohnya; Para ulama sepakat bahwa barang siapa yang yakin dia telah berhadas kemudian dia ragu-ragu adakah dia telah berwudu atau belum, maka keraguannya ini tidaklah berfungsi sama sekali dan dia tetap wajib untuk berwudu kembali. Hal ini menunjukkan bahwa keraguan itu tidak dianggap sebagai ukuran kerana yang menjadi ukuran adalah sesuatu yang meyakinkan. Ini merupakan pokok yang sangat agung dalam permasalahan fikih. (At-Tamhid juz.5 hal.27)

Sesuatu perkara yang diyakini tidak boleh dihilangkan kecuali dengan dalil yang pasti dan meyakinkan. Dengan kata lain, keyakinan tidak dihilangkan hanya dengan keraguan. Demikian pula sebaliknya, suatu perkara yang diyakini belum terjadi maka tidak boleh dihukumi telah terjadi kecuali dengan dalil yang meyakinkan.

Diantara dalil-dalil untuk kaedah 'al-Yaqin la yuzalu bish-shakk' adalah:

“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari persangkaan, sesungguhnya kebanyakan dari persangkaan itu adalah dosa.” (QS. Al-Hujurat: 12)

“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.” (QS. Yunus: 36)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Apabila salah seorang dari kalian merasakan sesuatu dalam perutnya, kemudian dia kesulitan untuk memastikan apakah telah keluar sesuatu (kentut) atau belum, maka janganlah dia keluar dari masjid (membatalkan salatnya) hingga dia mendengar suara atau mencium bau.” (HR. Muslim: 362)

“Apabila salah seorang dari kalian ragu-ragu dalam salatnya, sehingga dia tidak tahu sudah berapa rakaat dia salat, maka hendaklah dia mengabaikan keraguannya dan melakukan yang dia yakini kemudian hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Seandainya dia salat lima rakaat maka kedua sujud itu bisa menggenapkan salatnya, dan jikalau salatnya telah sempurna maka kedua sujud itu bisa membuat setan marah dan jengkel” (HR. Muslim: 571)

Kaedah 'al-Yaqin la yuzalu bish-shakk' ini telah disepakati oleh para ulama, dan bahwasanya setiap hal yang diragukan dianggap seperti tidak ada.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.