Search This Blog

Ada dua Jesus dalam Kitab Bible





Allah SWT berfirman:
"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (dikayu palang-salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin." (Surah an Nisa ayat 157)

Dalam surah ini, Allah SWT telah berfirman bahwa mereka yang sangka telah menyalib (membunuh) Nabi Isa alaihisalam itu berada dalam keadaan syak (ragu-ragu/tidak pasti) akan siapa yang mereka telah salib (bunuh). Ini bermakna, orang2 nasrani pada masa itu tidak pasti siapakah orang yang telah mereka salib, kenapa begitu?

Rupa2nya jawapan untuk soalan ini ada tersirat dalam kitab bible tetapi oleh kerana ulama2 (scholars) nasrani terdahulu telah menyembunyikan kenyataan ini, maka ramai yang tidak tahu kebenarannya.

Terdapat beberapa versi yang mengandungi ayat2 yang berlainan dalam kitab bible mengenai perkara ini. Marilah kita sama2 mengkaji ayat2 tersebut:

Matthew 27:17

1) King James Bible
Therefore when they were gathered together, Pilate said unto them, Whom will ye that I release unto you? Barabbas, or Jesus which is called Christ?

2) International Standard Version
So when the people had gathered, Pilate asked them, "Which man do you want me to release for you—Barabbas, or Jesus who is called 'the Messiah'?

3) New International Version
So when the crowd had gathered, Pilate asked them, "Which one do you want me to release to you: Jesus Barabbas, or Jesus who is called the Messiah?"

Jika kita memerhatikan ayat(Matthew 27:17) ini, kita akan dapati bahwa dalam versi 'New International Version', perkataan 'Jesus' telah ditambah dikedua-dua orang itu iaitu 'Jesus Barabbas' dan 'Jesus who is called the Messiah'. Ini bermaksud terdapat dua orang Jesus pada masa itu. Kenapa perkataan Jesus ditambah kepada Barabbas?

Rupa2nya dalam kitab bible terawal, memang ada perkataan 'Yeshua Barabbas' dan 'Yeshua(yang digelar) Messiah'. Oleh kerana tidak mahu menyelirukan(salah faham) penganut2nya, maka perkataan Jesus (Yeshua) pada Barabbas telah dibuang dalam Kitab Bible kecuali Kitab Bible versi 'New International Version'. Oleh itu, ayat ini sememangnya memberitahu kita bahwa pada masa itu memang terdapat dua orang Jesus.

Perkataan Barabbas adalah bermaksud 'Son of Father' (Bar bermaksud 'anak' dan abba bermaksud 'bapa'). Oleh itu, perkataan 'Jesus Barabbas' adalah bermaksud 'Jesus Son of Father (God)' (http://en.wikipedia.org/wiki/Barabbas ). Para ulama nasrani dengan liciknya sengaja menterjemahkan satu (Jesus Messiah) dan menyembunyikan jemaahan yang satu lagi (Barabbas).

Perkataan 'Messiah' tidak wujud pada zaman Nabi Isa as. Ia hanya ditambah kepadanya setelah kewafatan Jesus yang digelar Messiah. Perkataan Messiah dalam bahasa Hebrew) bermaksud 'anointed', dan jika diterjemaahkan ke bahasa Greek ialah 'Christos'.

Perkataan 'Christos' ini pula telah diterjemaahkan kepada 'Christ' dalam Bahasa English. Perkataan 'Christian' pula berasal dari perkataan 'Christ'. Ini bermaksud, pada zaman Nabi Isa as, perkataan 'Christ' dan 'Christian' tidak wujud.
( http://en.wikipedia.org/wiki/Christ )

Menurut Kitab Bible, Jesus yang digelar Messiah adalah orang yang telah disalib (dibunuh) dan Jesus Barabbas adalah orang yang telah dibebaskan.

Matthew 27:21
So the governor asked again, "Which of these two do you want me to release to you?" The crowd shouted back, "Barabbas!"

Matthew 27:22:
"What shall I do, then, with Jesus who is called the Messiah?" Pilate asked. They all answered, "Crucify him!"

Dalam Kitab Bible jelas menyatakan bahwa Jesus yang digelar Messiah telah disalib dan Jesus Son of Father telah dibebaskan. Kita semua tahu bahwa Jesus dalam kitab bible telah beberapa kali menyebut bahwa dia adalah Son of God(Father) ( http://en.wikipedia.org/wiki/Son_of_God ). Ini adalah kerana Nabi Isa as telah dilahirkan tanpa bapa dan dia adalah ciptaan Allah SWT seperti Nabi Adam as.

Oleh yang demikian, Jesus the Son of God(Father) telah dibebaskan dan ini telah membuktikan kebenaran Surah an Nisa ayat 157 dalam al-Quran yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (dikayu palang-salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin."(QS 4:157)



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.