Search This Blog

Part 3: Mengapa kita perlu hadith jika al Quran telah sempurna?




Untuk menjadi seorang Muslim, al Quran sudah cukup tetapi jika nak jadi seorang Mukmin, kita perlukan hadith. Inilah ungkapan yang biasa saya gunakan untuk mengambarkan kepentingan hadith dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang ingin beramal untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Sebenarnya, sebagai seorang Muslim biasa, kita tidak perlu menggunakan hadith langsung. Kita hanya perlu jadi seorang muqallid, iaitu seorang Muslim yang taklid kepada pendapat para imam mujtahid 4 mazhab besar ASWJ, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hambali. Ini adalah kerana mereka lebih arif dan lebih layak dari kita untuk melalukan ijtihad (independent reasoning).

Peranan hadith dalam Islam adalah untuk membantu para ulama mujtahid untuk istinbat hukum dan membentuk fatwa. Tujuan para ulama muhaddithin yang membukukan kumpulan hadith bukanlah untuk dibaca oleh orang awam tetapi ia adalah untuk dijadikan rujukan dan hujah oleh para ulama untuk mengistinbatkan hukum/fatwa dalam sesuatu masalah agama.

Islam adalah agama yang bersumberkan dalil sahih. Apa-apa masalah yang tidak mempunyai penjelasan dari al Quran dan sunnah Nabi SAW (masalih al-mursalah) akan diselesaikan melalui process ijtihad oleh para mujtahid. Cubalah bayangkan, apakah jawapan kamu jika seorang datang tanya apa hukum pemindahan organ dari khinzir kepada manusia atau cara2 berpuasa dan solat tarawih di angkasa lepas (nasa space station).

Inilah masalah yang dihadapi oleh para ulama silam. Mereka akan dikemukakan dengan pelbagai masalah2 baru yang pelik yang mungkin tidak pernah dialami oleh mereka sendiri. Mereka terpaksa berusaha mencari jawapan untuk menyelesaikan masalah2 baru itu dari segala sumber dan kaedah yang ada, seperti nas al Quran, hadith, ijma', qiyas, umum al balwa, amalan penduduk Madinah, maslahah, istihsan, istishab, urf dll.

Para ulama silam telah membahagikan hadith kepada dua golongan utama, iaitu hadith mutawatir dan hadith ahad. Hadis Mutawatir ialah hadith yang tidak mungkin diseleweng dan difabrikasi (invention or concoction) oleh sesiapa kerana jumlah perawinya yang ramai. Hadith ahad pula bermaksud hadith (yang tidak sampai darjat mutawatir) yang terdiri dari hadith gharib (perawi tunggal), hadith aziz (2 perawi) dan hadith masyhur (3 atau lebih perawi).

Contoh hadith mutawatir adalah peristiwa isra' miraj, solat fardhu 5 kali sehari, berapa rakaat dalam solat, kaedah berpuasa di bulan Ramadhan, cara pembayaran zakat, ibadah haji dll. Manakala contoh hadith ahad pula adalah seperti; setiap amalan adalah bergantung pada niat, kepentingan 2 kalimah syahada, Islam mempunyai 73 cabang (firqah), amalan2 yang afdal, larangan bersikap asobiyah, amalan tathayyur adalah syirik dll.

Tanpa hadith2 ini, kita tidak mungkin menjadi seorang mukmin (seorang muslim yang mengamal dan yakin pada ajaran Islam) yang berjaya. Jiwa yang kotor tidak mungkin akan mencapai keredhaan Tuhan. Untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya, kita memerlukan panduan dari hadith2 ini untuk mengetahui kaedah2 yang pernah diajar oleh Nabi SAW untuk membersihkan jiwa dan mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Nabi Muhammad tidak menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (QS 53:2-4)


Tetapi malangnya dalam masyarakat kita wujud anasir2 yang memperalatkan agama Islam untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat. Mereka menggunakan perkara2 khilaf untuk menakut2kan kita. Mereka memonopoli Islam dan taksub kepada pendapat dari ulama pilihan mereka demi kepentingan diri sendiri.

Mereka mendustakan dan memesongkan kebenaran untuk menyesatkan umat Islam. Malangnya mereka berjaya menyekat pendakwah yang membawa kebenaran kepada masyarakat. Oleh yang demikian, kita tidak boleh jadi 'itik duduk' (sitting duck) dan biarkan mereka menindas dan menyesatkan kita sewenang-wenangnya.

Kita perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu2 Islam yang sahih untuk menangkis dan menepis gejala2 syaitan laknaktullah ini. Semoga Allah SWT melindungi kita dari kejahatan mereka ini, amin.

(bersambung...)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.