Search This Blog

Bersyukur dan hargailah ilmu Allah SWT



Manusia dilahirkan dalam keadaan 'zero', iaitu tanpa harta, tanpa pangkat, tanpa ilmu, tanpa bahasa dan tanpa segala-galanya. Tetapi Allah SWT kurniakan pendengaran, penglihatan, hati dan akal kepada manusia agar kita dapat belajar dan menuntut ilmu2 yang telah diturunkan olehNya melalui Rasulullah SAW. Tanpa ilmu2 ini, manusia akan derita dan sengsara dalam kejahilan. Firman Allah SWT:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal (fikiran); supaya kamu bersyukur." (QS 16:78)


Hanya dengan membaca, mendengar, berfikir dan memahami ilmu2 ini sahajalah kita akan mengenal dan bersyukur kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Tanpa ilmu yang telah diturunkan oleh Allah SWT, kita akan jadi bodoh dan tidak tahu bagaimana nak bezakan apa yang baik dengan yang buruk dan apa yang bermanfaat dengan apa yang memudharatkan bagi diri kita dan manusia sejagat. Allah SWT berfirman:

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (QS 2:269)

Hanya dengan keikhlasan menuntut ilmu, berfikir dan memahami Ilmu Islam sahajalah seseorang itu dapat menepis segala bentuk maksiat dan dapat menjaga keimanannya. Allah SWT mengatakan bahawa orang-orang yang bermaksiat itu adalah orang2 yang bodoh dan jahil. Kerana kebodohan dan kejahilan sahajalah yang akan melahirkan pengingkaran terhadap Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.” (HR Ibnu Majah no. 224, Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir no. 3913)

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. Hanya dengan ilmu sahaja kita dapat menyelamatkan diri kita dari terjebak dalam dosa dan kemaksiatan. Oleh itu, janganlah kita menjadi orang yang menghalang dan menyekat orang-orang yang ingin menyampaikan risalah Islam dan jagalah perpaduan ummah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Hadith Riwayat al-Bazzar)

Semoga Allah SWT jauhkan kita daripada kejahilan dan kebinasaan serta merahmati dan berkati masyarakat kita, dan jauhkanlah kami daripada berpecah belah…amin


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.