Search This Blog

Apa itu Sufi dan Salafi?



Apakah yang dimaksudkan dengan sufi dan salafi? Dan siapakah mereka sebenarnya? Setelah bertahun-tahun mengkaji bab ini, baru ni lah ku temui jawapan sebenar kepada soalan ini. Maka, saya ingin share rahsia besar ini dengan kamu semua...

Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan dengan salafi ialah orang-orang yang taat kepada perintah Allah SWT, iaitu al Quran dan mereka ini semua ikut Sunnah Rasulullah SAW. Mereka ni terdiri dari para sahabat Nabi SAW, para tabiin dan para tabiut-tabiin tetapi tak gelar diri mereka ahli Salafi dan mereka tak membenci ahli Sufi. Mereka hanya panggil diri mereka sebagai Muslim sahaja.

Mereka memilih cara hidup yang zuhud dan tak lekang dari ibadah dan zikirullah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Maksud zuhud adalah cara hidup yang lebih cenderung kepada akhirat, jika berbanding dengan kehidupan duniawi. Istilah Salafi ini hanya diberi kepada mereka oleh generasi selepas mereka.

Orang-orang Sufi pula ialah orang-orang yang taat kepada perintah Allah SWT, iaitu al Quran dan mereka ini semua ikut Sunnah Rasulullah SAW. Mereka ni terdiri dari para sahabat Nabi SAW, para tabiin dan para tabiut-tabiin tetapi tak gelar diri mereka ahli Sufi dan mereka tak membenci ahli Salafi. Mereka hanya panggil diri mereka sebagai Muslim sahaja.

Mereka memilih cara hidup yang zuhud dan tak lekang dari ibadah dan zikirullah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Maksud zuhud adalah cara hidup yang lebih cenderung kepada akhirat, jika berbanding dengan kehidupan duniawi. Istilah Sufi ini hanya diberi kepada mereka oleh generasi selepas mereka.

Inilah rahsia besar orang Salafi dan Sufi. Cuma orang2 yang datang selepas generasi mereka itu yang telah gelar diri mereka sendiri sebagai puak salafi dan puak sufi dengan menokok tambah amalan innovasi mereka sendiri yang tiada penghujungnya yang disandarkannya pula kepada Rasulullah SAW, walaupun amalan itu tak pernah diajar oleh Baginda SAW. Mereka pula saling benci membenci sesama mereka diantara ahli sufi dan ahli salafi.

Sekarang kamu dah tahu rahsia besar orang Sufi dan Salafi ni...oleh itu, kamu nak jadi Sufi atau Salafi? 😂


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.