Search This Blog

Jangan jadi penghalang dakwah



Apabila manusia yang lemah tidak mampu berhujah, mereka akan menggunakan kaedah lain untuk menyekat dan menghalang orang yang berilmu dari berhujah dan berdakwah. Inilah apa yang terjadi kepada Dr Rozaimi Ramle baru-baru ini. Dr Asri, Mufti Perlis juga pernah disekat dari berdakwah di beberapa negeri di Malaysia. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menerima nasib yang sama dengan mereka.

Dalam Islam, terdapat satu istilah bagi orang2 (atau jin) yang cuba menyekat dan menghalang seseorang dari jalan kebenaran, cuba teka apakah istilah itu? Yang paling sedih adalah institusi2 agama dan pentadbiran negara sekarang dinaungi dan dikuasai oleh mereka yang telah terpengaruh dengan fahaman spesis jenis ini.


Menyekat dan menghalang seseorang dari berhujah dan berdakwah bukanlah suatu ajaran dari Islam. Malah, Allah SWT pernah mencabar kepada sesiapa yang mempunyai bukti dan hujah untuk membuktikan kepalsuan al-Quran agar berdampil kehadapan untuk membentangkan hujah mereka sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar." (QS 2:23)

Ini bukan pasal perkara furu' ataupun khilaf tetapi sesuatu perkara yang melibatkan akidah dan keimanan seluruh umat Islam. Jika perkara sebegini pun Allah SWT perintahkan mereka yang mempunyai bukti agar dampil kehadapan, apalagi perkara2 khilafiyyah seperti bacaan Qunut, tawasul ataupun bacaan ayat2 Quran pada tanah kubur?

Ini sebenarnya adalah suatu ujian dari Allah SWT untuk melihat keimanan dan ketaqwaan para Muslimin. Allah SWT ingin menguji bagaimanakah Muslim di Malaysia menyelesaikan sesuatu masalah dalam agama. Adakah mereka akan ikut ajaran Islam ataupun sebaliknya dengan menggunakan kezaliman dan penindasan.

Janganlah sesekali kamu merasa kamu berada di tempat yang tinggi dan berkuasa lalu menyekat dan menghalang orang dari berhujah dan berdakwah. Ketahuilah pangkat dan kuasa kamu itu semua adalah kurniaan Allah SWT semata-mata. Jangan ingat kamu tidak akan diuji kerana setiap orang pasti diuji oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.