Search This Blog

Sikap Asobiyah President ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman disaman di Makahmah




Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman didapati bersalah menerbitkan artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lalu. Abdullah Zaik Abd Rahman menerbitkan terbitan menghasut dalam artikel berbunyi: "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan".

_______________________________________
_________________________________________________



- Selasa, 30 Ogos 2016

Kajang : Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menerbitkan artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan Abdullah Zaik, 50, menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda itu.

"Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Dengan ini, tertuduh didapati bersalah dan didenda RM2,000 atau dua bulan penjara atas kesalahan itu," katanya.

Mengikut pertuduhan pilihan, dia didakwa menerbitkan penerbitan menghasut dalam artikel berbunyi "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan" dalam laman ISMA web. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 25-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, antara 3 petang hingga 3.30 petang, 6 Mei 2014.

Dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan itu.





















BANGI, 6 Mei 2014 – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan.

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” ujarnya hari ini dalam satu kenyataan.

Tambah beliau juga, ini merupakan satu kesilapan orang Melayu terdahulu yang harus diperbetulkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

Sebagai balasan kepada kenyataan itu, ada pihak yang mendakwa bahawa orang bukan Islam telah banyak menyumbang kepada negara contohnya dalam bidang perlombongan dan perladangan sejak sebelum merdeka.

Menurut Ustaz Abdullah lagi, jika mereka ingin terus menjadi rakyat Malaysia, mereka haruslah taat setia kepada raja, menerima Islam sebagai agama negara dan hak kedaulatan bangsa Melayu.

Ini kerana menghalang cita-cita Melayu dan menafikan hak Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah satu tindakan mencabar dan melampau oleh bangsa asing.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa ISMA telah menyebarkan racun dalam bentuk perkauman, tegas Ustaz Abdullah, kenyataan itu tidak berasas sama sekali.

Hakikatnya, Kit Siang sendiri yang telah memecahbelahkan rakyat. Hal ini jelas sekali apabila dia telah membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Dia sendiri yang membuatkan orang Cina rasa tidak berpuas hati sehingga bangkit untuk menuntut dan mendesak lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini.

“Walhal, hak-hak keistimewaan orang Melayu misalnya telah pun termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama,” katanya kepada wartawan ISMAweb.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.