Search This Blog

Aurat wanita di hadapan wanita bukan Islam



AURAT MUSLIMAH DI HADAPAN WANITA BUKAN ISLAM.
Assalamua'laikum ustaz..nk tnya..aurat perempuan islam dgn perempuan bkn islam mcm mana?mohon pnjelasan ustaz..

Jawapan:

Firman Allah:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita] atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [An-Nur : 31]

Ulama berbeza pendapat dalam memahami maksud (أَوْ نِسَائِهِنَّ) atau wanita-wanita mereka. Sebahagian menyatakan ia merujuk kepada wanita Islam sahaja, sebahagian lagi menyatakan ia merujuk kepada semua wanita secara umum.

Ringkasnya, khilaf hal ini adalah seperti berikut:

Sama seperti di hadapan lelaki ajnabi – Majoriti ulama (Hanafi, Maliki, dan pendapat paling kuat dalam mazhab Syafie)

Boleh dibuka mana-mana bahagian yang diperlukan dalam urusan kebiasaan – pendapat sebahagian ulama mazhab Syafie.

Sama seperti di hadapan wanita Muslim – salah satu riwayat Ahmad, ia juga pendapat sebahagian ulama mazhab Syafie.

Kesimpulan:
Dr. Rozaimi berpegang kepada pendapat bahawa aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Muslim adalah SAMA seperti di hadapan wanita Muslim, dengan syarat wanita bukan Muslim itu amanah dan tidak akan menceritakan aurat kita kepada orang lain.

Persoalan:

Apakah aurat Muslimah di hadapan Muslimah yang lain?

Majoriti ulama berpendapat aurat wanita di hadapan wanita Muslim adalah seperti lelaki dengan lelaki, iaitu antara pusat hingga lutut.

Yang biasa dibuka di hadapan lelaki mahram seperti kepala, tangan hingga siku, dan kaki hingga lutut. Ini pendapat Ibn al-Uthaimin, dan Fatwa Lajnah Daimah.

Dalam hal ini, hendaklah Muslimah berjaga-jaga. Seeloknya ketika bersama rakan Muslimah lain juga hendaklah masih berpakaian yang sopan.


Sumber dari: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1302700779757419&id=1032611520099681


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.