Search This Blog

Part 1: Mengapa kita perlu hadith jika al Quran telah sempurna?




Tiada seorang Muslim pun yang akan terkecuali dari menanya soalan ini walaupun hanya sekali dalam minda mereka kecuali orang2 yang mengamalkan taklid buta. Oleh itu, saya ingin mengucap tahniah kepada mereka yang pernah mengalami dilemma ini kerana ia adalah jalan yang harus diharungi oleh pencari kebenaran.

Ini juga adalah jalan yang pernah diharungi oleh para anbiya seperti Nabi Ibrahim as. yang menyoal segala yang berada disekelilingnya sehingga beliau menemui kebenaran (QS 6:75-82). Oleh itu, janganlah cerca atau hina orang yang menyoal tentang Islam kerana mereka telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menanya soalan2 sebegini.

Maka, dengan itu saya ingin berkongsi dengan kalian apa yang telah saya pelajari dan fahami kenapa dan mengapa kita perlu hadith jika al Quran telah sempurna? Untuk jawab soalan ini:

A) Kita perlu memahami sejarah periwayatan hadith.

B) Kita perlu mengetahui kesahihan dan keyakinan pada sesuatu hadith sebelum dijadikan hujah.

C) Memahami Istilah2 yang digunakan dalam periwayatan hadith.

D) Memahami matan hadith dan tujuan hukum dalam hadith tersebut.

E) Memahami asbabun wurud, iaitu bila dan mengapa peristiwa dalam matan hadith itu berlaku.

F) Bagaimana ulama silam menggunakan hadith tersebut untuk istinbat hukum/fatwa.

__________________
__________________________________

A) Kita perlu memahami sejarah periwayatan hadith.

1) Hadith bermaksud berita dari segi perbuatan, ucapan, persetujuan (tagrir), azam dan sifat Rasulullah SAW. Terdapat 2 cara penyampaian hadith, iaitu melalui hafalan (ingatan) dan catatan.

2) Al Quran merupakan hadith terunggul Rasulullah SAW yang diwahyukan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibrail as; kerana ia dihasilkan dalam bentuk ucapan kepada para sahabat.

3) Nabi SAW pernah larang para sahabat yang meriwayatkan ayat2 al Quran dari menulis apa-apa (termasuk hadith) kecuali ayat2 suci al Quran semasa mencatat ayat2 tersebut yang ditulis dalam pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit kayu, pelana, potongan tulang binatang dll.

Dari Abu Said Al Khudry berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian menulis dari ku, dan barangsiapa yang telah menulis dari ku selain al Quran maka hapuslah”. (HR. Muslim).
4) Tujuan larangan ini adalah kerana Nabi SAW risau akan tercampur aduk tulisan lain atau riwayat lain dengan ayat2 suci al-Quran.

5) Hadith yang meriwayatkan larangan menulis hadith ketika menulis ayat2 al Quran adalah merujuk kepada para sahabat yang ditugaskan untuk menulis ayat2 al Quran sahaja seperti Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufyan, Ubay bin Kaab dll.

6) Larangan dalam hadith ini tidak berkaitan dengan penulis yang lain seperti penulis surat yang diutuskan kepada Negara non Muslim (aslim taslam) dan para sahabat yang ingin meriwayatkan sejarah dan hadith Rasulullah SAW (selain dari mereka yang ditugaskan untuk mencatat ayat suci al Quran).

Dari Abdulllah bin Amr bin Ash, beliau mengatakan:
“Dahulu aku menulis semua yang aku dengar dari Rasulullah karena aku ingin menghafalnya. Kemudian orang orang Quraisy melarangku, mereka berkata, “Engkau menulis semua yang kau dengar dari Rasulullah? Dan Rasulullah adalah seorang manusia, kadang berbicara karena marah, kadang berbicara dalam keadaan lapang”. Mulai dari sejak itu akupun tidak menulis lagi, sampai aku bertemu dengan Rasulullah dan mengadukan masalah ini, kemudian beliau bersabda sambil menunjukkan jarinya ke mulutnya, “tulislah! Demi yang jiwaku ada di tanganNya, tidak lah keluar dari mulutku ini kecuali kebenaran”. (HR. Adu Dawud, Ahmad, Al Hakim).

Hadith di atas menjelaskan bahwa Rasulullah SAW pernah melarang penulisan hadits, dan membolehkan penulisan hadist.
7) Selepas kewafatan Rasulullah SAW, semasa kekhalifahan Abu Bakar, terjadi beberapa pertempuran (perang Ridda) yang mengakibatkan tewasnya (terbunuh) beberapa penghafal Al-Qur'an dalam jumlah yang ramai.

8) Umar bin Khattab rasa sangat risau akan keadaan itu lantas meminta Abu Bakar untuk mengumpulkan seluruh tulisan Al-Qur'an yang berada ditangan para sahabat untuk dibukukan.

9) Abu Bakar telah memerintahkan Zaid bin Tsabit mengetuai satu pasukan untuk melaksanaan tugas membukukan ayat2 al Quran tersebut. Setelah selesai dan Al-Qur'an tersusun secara rapi dalam satu mushaf, hasilnya diserahkan kepada Abu Bakar beserta dengan lembaran2 yang asal itu.

10) Abu Bakar telah membakar lembaran2 asal itu setelah memperolehi mushaf al Quran yang telah disusun rapi oleh Zaid bin Tsabit supaya tidak menimbulkan khilaf dan tidak mengelirukan generasi yang akan datang setelah kewafatannya.

11) Abu Bakar menyimpan mushaf tersebut sehingga wafatnya kemudian mushaf tersebut berpindah tangan kepada Umar sebagai khalifah ke-2 dan seterusnya kepada anaknya Hafshah.

12) Semasa pemerintahan khalifah ke-3 yakni Utsman bin Affan, timbul masalah dalam cara pembacaan Al-Qur'an (qira'at) yang disebabkan oleh adanya perbezaan dialek (lahjah) diantara suku kaum yang berasal dari daerah berbeza-beza.

13) Utsman bin Affan telah mengumpul balik semua mushaf al Quran Abu Bakar dan menyelaraskannya dengan kaedah yang dikenali sebagai cara penulisan (adat rasam) Utsmani (sama seperti yang digunakan pada hari ini).

14) Utsman memanggil Zaid bin Tsabit Al-Anshari , Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-Ash dan Abdurrahman bin Al-Harits bin Hisyam untuk menjalankan tugas ini.

15) Untuk mencegah kekeliruan, Utsman bin Affan telah bakar salinan2 mushaf al Quran yang berbeza dengan cara penulisan (rasam) Utsmani dan mengutuskan tujuh buah mushaf ke Mekkah, Syam, Yaman, Bahrain, Bashrah, Kufah, dan Madinah.

(bersambung...)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.