Search This Blog

Budaya Syiah dalam Masyarakat kita




Aliran Syiah telah memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran Islam di rantau ini. Aliran syiah telah datang ke Nusantara sebelum ketibaan aliran Sunni dan telah memiliki pengaruh yang besar di rantau ini. Orang2 Arab keturunan Alawiyyin, orang Parsi dan orang India dari Gujerat adalah pendakwah syiah yang pertama di rantau ini.


Salah satu cara ajaran syiah masuk ke dalam pemikiran orang Melayu ialah melalui ajaran tarekat yang disampaikan oleh tokoh-tokoh tasawwuf yang datang ke Nusantara mulai abad ke 12 Masihi. Orang Melayu telah menjadikan tokoh tasawwuf dari Hadhramaut ini sebagai tempat rujukan mereka dalam bidang agama Islam.


Selain dari ini, perkahwinan yang telah berlaku diantara keturunan Arab-Parsi dengan anak-anak raja Melayu juga telah menyebabkan tersebarnya budaya syiah dalam rantau ini. Adat istiadat diraja juga telah banyak diresapi budaya syiah dari perkahwinan sebegini. Mereka juga telah melantik penganut syiah menjadi ulama yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran mereka.


Syeikh ‘Abdullah ‘Arif, seorang ahli sufi abad ke 12 Masihi, dikatakan orang pertama bertanggungjawab menyebarkan ajaran Syiah di Aceh, Kedah dan Pattani menerusi kitabnya, Bahr al-Lahut yang dipenuhi ajaran Syiah yang bercampur baur dengan tasawuf falsafah. Wahdatul Wujud, Insan Kamil, Nur Muhammad yang terdapat dalam ajaran tasawuf merupakan resapan dari ajaran Syiah.


Contoh budaya2 syiah dalam masyarakat kita adalah seperti persembahan boria, qasidah, bubur Asyura, maulid barzanji, amalan ratib dan tahlil arwah, bacaan al-Fatihah yang ditujukan kepada roh simati dan karangan kitab-kitab hikayat yang mempromosikan keagungan Ali, Fatimah, Hasan, Hussain serta pahlawan2 syiah.


Budaya syiah yang dapat dikesan dalam masyarakat kita melalui 3 cara, iaitu melalui penghormatan melampau terhadap ahlul bait, ritual dalam upacara keagamaan dan penulisan sastera Melayu klasik. Salah satu daripada fahaman yang masih kekal sehingga kini dalam masyarakat kita adalah kepercayaan imam yang maksum.


Syiah meyakini bahwa fungsi seorang imam (ulil amri) adalah penjelas, penjaga dan pemelihara syariat seperti Rasulullah SAW kecuali penerimaan wahyu. Inilah sebabnya mengapa Sultan, Agong dan Perdana Menteri dikecualikan tindakan undang-undang (civil dan hudud) di Nusantara ini. Contohnya Sultan Brunei yang telah dikecualikan dari hukuman hudud di negara itu.


Ini juga mungkin mengapa MO1 yang telah jelas diketahui kesalahannya masih bebas dalam negara kita. Klause 'imam yang maksum' dari fahaman syiah ini telah meresap ke dalam sistem perundangan kita dan telah dijadikan sebagai perisai kepada MO1. Inilah diantara budaya2 syiah yang masih diamal di rantau ini.


Walau bagaimana pun, apabila terserempak dengan penganut syiah, janganlah membenci mereka tetapi tarbiah dan dakwahlah mereka dengan penuh sabar dan hikmah.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.