Search This Blog

Segala ilmu adalah dari Allah SWT




Allah SWT adalah sumber kepada semua ilmu, baik dari segi pertuturan ataupun tulisan dan semua puji perlu dinisbatkan kepadaNya. Malah, ilmu Allah SWT bukan terhad kepada muslimin sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan." (QS 55:3-4)

"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (QS 96:4-5)

Oleh itu, segala ilmu yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah SWT. Segala ciptaan, innovasi dan kepakaran yang ada pada hari ini adalah dari perkembangan ilmu yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada tamadun silam seperti Canaanites, Greek, Chinese, Indian, Roman, Egyptian dll.

Manusia hanya mempelajari dan mengumpul ilmu-ilmu (accumulative knowledge) yang ada pada hari ini dari tamadun2 silam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT pada suatu masa dahulu. Penciptaan moden seperti kapal terbang, bangunan cakar langit ataupun pokemon tidak akan wujud jika Allah SWT tidak turunkan ilmu-ilmuNya kepada tamadun silam.

Begitu juga dengan kepakaran seperti doktor, engineer, peguam, pemimpin negara dll tidak akan wujud kalau Allah SWT tidak beri tunjuk ajar kepada manusia melalui sunnah para anbiyaNya (nabi-nabi terdahulu). Malah, di dalam Islam kepakaran-kepakaran ini semua adalah fardhu kifayah kepada umat Islam.

Apabila fardhu kifayah dalam bidang kepakaran seperti perubatan, pertanian, perdagangan, pertahanan, pendidikan diabaikan, kehidupan kemasyarakatan manusia akan tergugat. Kita akan hidup dalam keadaan sengsara (darurat) jika kepakaran-kepakaran fardhu kifayah ini tidak ditunaikan.

Oleh itu, dari sudut kerangkaan ilmu, ia tiada sempadan diantara ilmu Islam dan ilmu non Muslim. Segala ilmu yang memberi kemaslahatan (manfaat) adalah dari Allah SWT dan ini termasuk ilmu pendidikan awal dari tadika ataupun dari bangku sekolah sehinggalah ke institusi pendidikan tinggi dalam negara atau luar negara.

Rasulullah SAW juga pernah menggunakan ilmu dari sumber non Muslim seperti strategi peperangan korek parit semasa perang khandaq yang asal dari negara Parsi. Bahkan, Nabi SAW juga telah gunakan ilmu-ilmu dari para mushrikin Arab yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam (syar’u man qablana - syariat sebelum Islam) demi untuk menjaga kemaslahatan umatnya pada zaman itu.

Oleh itu, janganlah kita pada hari ini membeza-bezakan ilmu yang ada di dunia ini sebagai ilmu ini Islamic atau ilmu itu tak islamic. Segala jenis ilmu yang ada di dunia pada hari ini (global knowledge), yang memberi kemaslahatan (manfaat) kepada manusia sejagat adalah dari Allah SWT.


Wallahu'alam

footnote:
ruj: Responses to 35 Common Religious Arguments against Conventional “Western” Education by Syeikh Nurudeen Lemu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.