Search This Blog

Part 3: Memahami Hukum Hudud melalui Maqasid Syariah



Salah satu salah faham yang kerap berlaku tentang hukum hudud ialah kezaliman dalam isu hukuman memotong tangan pencuri dan rejam batu sehingga mati bagi penzina yang dah berumah tangga. Islam dituduh sebagai satu agama yang zalim kerana mempunyai hukuman2 sebegini.

Ini adalah satu salah faham yang besar terhadap Islam kerana hukuman memotong tangan pencuri dan merejam sehingga mati bukan dari Islam kerana ia telahpun wujud sebelum ketibaan Islam dan Rasulullah SAW. Malah, hukuman ini merupakan hukuman umum yang paling ringan di serata dunia pada masa itu.

Pada zaman itu di China, pasangan berzina akan dikurung dalam sangkar babi dan dilemaskan dalam sungai. Pasangan zina akan diseksa kemudian dibakar sehingga mati di India. Di Rome pula, lelaki yang berzina akan dipaksa untuk bertarung dengan binatang buas seperti singa atau harimau.

Tetapi, walaupun terdapat hukuman yang berat terhadap penzina dan percuri pada masa itu, hakikatnya adalah mereka yang mempunyai kuasa dan harta akan terlepas dari hukuman2 ini akibat rasuah. Hanya golongan hamba dan rakyat marhaen sahaja yang terdedah kepada hukuman2 ini.

Bahkan, kita boleh lihat dengan jelas bagaimana mereka yang berkuasa dan berpangkat melepaskan diri dari hukuman dan undang-undang yang sedia ada di Malaysia pada hari ini. Begitu juga pada zaman dahulu, undang-undang di salah gunakan untuk melindungi golongan bangsawan.

Hanya selepas ketibaan Rasulullah SAW, hukuman untuk penjenayah dihadkan oleh Allah SWT dengan adil. Islam hanya kanunkan rang undang-undang yang telah sedia ada dalam masyarakat pada masa itu dan bukannya mewujudkan sesuatu hukuman yang baru.

Islam tidak memperkenalkan hukuman potong tangan pencuri dan merejam sehingga mati. Hukuman2 ini telahpun wujud di serata dunia sebelum ketibaan Rasulullah SAW. Islam hanya menghadkan hukuman ini agar ia dapat dilaksanakan dengan adil, tak kira bangsa ataupun kuasa. Semua orang adalah sama di mata Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Wahai sekalian manusia, hanyasanya yg membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah, ketika orang-orang terpandang mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang yg rendahan dari mereka mencuri mereka menegakkan hukuman had.

Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yg akan memotong tangannya. Dan dalam hadits Ibnu Rumh disebutkan, Hanyasanya yg menyebabkan kebinasaan orang-orang sebelum kalian." (HR. Muslim No.3196)

Inilah maqasid dan objektif utama dalam konteks hukuman hudud. Apa yang dituntut oleh Islam ialah keadilan (justice) dalam pelaksanaan hukuman dan bukannya jenis hukuman. Para hakim mesti adil dan bukannya dari jenis yang suka mencuri balak.

Selagi hukuman dan undang-undang tidak dilaksanakan dengan adil sebagaimana yang dituntut dalam Islam, ia bukanlah hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jika keadilah tidak diamanahkan, maka tunggulah kebinasaan yang telah dijanjikan walaupun hukumannya ialah memotong tangan pencuri dan merejam penzina sehingga mati.

Jenis hukuman yang telah dihadkan oleh Allah SWT hanyalah 'Syar’u Man Qablana' atau syariat sebelum Islam yang dibenarkan selepas al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Apa yang dituntut dalam konteks hukum hudud Allah SWT ialah keadilan yang tak berbelah bagi.

Terdapat ulama yang berpendapat bahwa hukum potong tangan bagi pencuri adalah takzir dan bukannya hudud. Syaikh Abd al-Mut'al al-Saidi menyatakan bahawa pemerintah boleh gantikan hukuman pencuri dengan penjara sebagai ganti kepada hukuman potong tangan.

Ini kerana, kesalahan mencuri ini dilihat pada dua kategori; iaitu curi besar dan curi kecil. Curi besar adalah termaktub dalam Quran sebagai kesalahan pemberontakan. Curi kecil pula, sepertimana yang diketahui umum pada ayat mencuri.

Jika hukuman curi besar boleh diberikan ganti, sama ada potong tangan dan kaki secara bersilang, atau buang daerah, dibunuh dan disalib. Makanya, sudah pasti curi kecil lagi-lagi boleh diganti. Kalau ikuti perbincangan Syaikh Abd al-Mut'al, ini menampakkan hukum mencuri bukan kesalahan hudud, tetapi kesalahan takzir. Walau bagaimanapun, ini adalah di antara pandangan yang berbeza dari kebiasaan (rujuk الخوف من الاسلاميين - Sariqah Kubra).






Hudud yang Adil

Kerja Pemerintah bukan untuk potong tangan orang, kerja Pemerintah ialah pastikan rakyat tidak lapar. Kerja Pemerintah bukah untuk melindungi golongan bangsawan, kerja Pemerintah ialah memerintah dengan adil yang tak berbelah bagi...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.