Search This Blog

Jangan halang orang yang amar makruf, nahi mungkar




“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”. (Al-Imran :110)


“Barang siapa yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)


Membongkarkan kezaliman melalui lisan adalah salah satu dari kewajipan yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umatNya yang beriman. Apatah lagi jika pembongkaran lisan itu dilakukan secara ilmiah.

Orang2 yang menghalang pembongkaran lisan ini dengan cara merendahkan martabat si pembongkar kononnya nak suruh berdamai dan jangan bergaduh adalah membenarkan kezaliman dengan menghalang keadilan. Ini jelas adalah 'obstruction of justice' walaupun kaedah atau alasan yang digunakan adalah untuk menyuruh orang berdamai.

Mengumpat (ghibah) adalah haram dalam Islam. Akan tetapi, mengumpat dibenarkan jika seseorang itu telah dizalimi itu ingin mengadu kezaliman atau hendak menuntut keadilan (at-tazallum). Oleh itu, sesiapa yang menghalang orang yang dizalimi itu dari mendapat keadilan juga telah melakukan kezaliman keatas orang yang dizalimi itu.

Perkara2 sebegini banyak berlaku pada zaman periwayatan hadith dimana jika seorang pengumpul hadith ingin membongkarkan kelemahan dan kebathilan perawi lain. Saya percaya ramai juga geng2 pemalsu hadith yang datang, kononnya untuk memberi nasihat atau suruh berdamai.

Jika pengumpul hadith itu termakan desakan atau hasutan si pendamai itu, maka mungkin kita pada hari ini akan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan hadith palsu.

Muslim yang tahu sikit-sikit adalah lebih bahaya daripada non Muslim yang tak tahu langsung pasal Islam. Tetapi Muslim yang tahu sikit-sikit adalah 100 kali ganda lebih baik dari ustaz yang tahu sikit-sikit pasal Islam.

Muslim yang tahu sikit-sikit pasal Islam biasanya tidak akan tahu perbuatan mereka bertentangan dengan Islam tetapi ustaz yang tahu sikit-sikit akan mengajar orang lain perbuatan yang bertentangan dengan Islam...

Oleh itu, demi kemaslahatan umat Islam, abaikanlah nasihat2 dari si pendamai ini. Mungkin mereka berbuat demikian diatas kejahilan mereka dalam agama tetapi masih lagi berniat baik. Semoga Allah SWT lindungi kami semua dari kejahatan orang yang dengki apabila mereka melakukan dengkinya, amin


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.