Search This Blog

Apa yang perlu didakwahkan kepada non muslim?



Apabila kita berdakwah kepada non muslim, apakah message dan point2 yang perlu kita fokuskan? Apabila kita mengajak seseorang non muslim untuk memeluk Islam, adakah kita sedang mengajak mereka supaya jangan sentuh anjing, jangan minum arak, jangan makan babi dsb? Adakah seruan Islam bermaksud jaga solat, tutup aurat, bayar zakat, pergi Haji dll?

Dalam erti bahasa, Islam yang berasal dari perkataan 'Salam' bermaksud 'Peace acquired by total Submission to God Will'(Sejahtera yang diperolehi dengan penyerahan kepada Allah SWT). Dan Muslim bermaksud 'Submitted to God Will'(telah menyerah kepada Allah SWT). Oleh itu, kerja seorang pendakwah(da'i) adalah mengajak non muslim supaya beriman kepada Allah SWT(Aslim Taslam).

Contoh yang boleh kita pelajari ialah dari surat2 yang ditulis oleh Rasulullah SAW kepada Heraclius the emperor of Eastern Roman Empire, Chosroes II the emperor of Persia, the Negus of Ethiopia, Muqawqis the ruler of Egypt, Harith Gassani the governor of Syria dan Munzir ibn Sawa the ruler of Bahrain:

In the name of Allah the Beneficent, the Merciful:
"(This letter is) from Muhammad the slave of Allah and His Apostle to Heraclius the ruler of Byzantine. Peace be upon him, who follows the right path. Furthermore I invite you to Islam, and if you become a Muslim you will be safe, and Allah will double your reward, and if you reject this invitation of Islam you will be committing a sin by misguiding your peasants."

(And I recite to you Allah's Statement:)
"Say (O Muhammad): 'O people of the scripture! Come to a word common to you and us that we worship none but Allah and that we associate nothing in worship with Him, and that none of us shall take others as Lords beside Allah.' Then, if they turn away, say: 'Bear witness that we are Muslims' (those who have surrendered to Allah)."

"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah Muslim(orang yang telah menyerah kepada Allah)".
(Surah ali Imran ayat 64)

(semua isi kandung surat2 ini adalah sama, cuma alamat dan penerima sahaje yang berbeza2)

Inilah message yang perlu kita utamakan jika kita berdakwah kepada non muslim, iaitu berpegang kepada kalimah Tauhid Lailahailallah(Tiada Tuhan melainkan Allah) dan jangan sesekali menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Kita kena beritahu mereka bahwa Allah SWT akan memaafkan segala jenis dosa walaupun setinggi langit dan bumi jika kita bertaubat kepadaNya kecuali dosa syirik (mati dalam keadaan syirik), iaitu dosa mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
(Surah an Nisaa ayat 48)

Dari Anas r.a: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi."
(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi dikatakan hasan sahih - Hadis 40 Imam Nawawi no 42)

Inilah message yang perlu kita sampaikan kepada non muslim dan bukannya hukum hakam feqah dalam Islam. Apabila mereka telah beriman kepada Allah SWT dan mempunyai fahaman yang kukuh mengenai Islam, maka dengan automatic mereka akan mengambil berat tentang larangan2 dan perintah2 Allah SWT.

Contohnya seperti pengalaman saya sendiri, pada mulanya apabila saya diajar hukum hakam feqah setelah memeluk Islam, saya menurut dan melakukan kerana suruhan Ustaz dan bukannya kerana Allah SWT. Akan tetapi setelah saya mengkaji dan mengenali Allah SWT, saya melakukannya (larangan2 dalam Islam dan segala perintahNya) hanya kerana cinta saya kepada Allah SWT.

Hukum hakam feqah hanyalah diturunkan oleh Allah SWT setelah 12 tahun perlantikkan Rasulullah SAW sebagai Nabi dan bukannya serta merta pada tahun pertama wahyu diturunkan. Allah SWT telah mengambil masa 12 tahun untuk mengajar Rasulullah SAW dan umatnya tentang Tauhid dan makrifatullah(mengenal Allah).

Oleh itu, mengapa pula kita pada hari ini nak memaksa-maksa non muslim untuk mematuhi hukum hakam feqah? Sebarkanlah ilmu Usuluddin kepada mereka dan janganlah menakut2kan mereka sehingga mereka benci kepada Islam.

Rasulullah SAW bersabda:
“Yassiruu walaa tu’assiruu, basyiruu walaa tunaffiruu."
(Maksud: ”Permudahlah, jangan dipersulit, berilah kabar gembira,jangan ditakut-takuti.")


Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.