Search This Blog

Mengapa Arab Saudi dengan Amerika Syarikat dan Eropah bersekutu dalam krisis perang?




Arab Saudi dan Amerika mempunyai perjanjian kepentingan dagangan sejak puluhan tahun dulu. Malah Arab Saudi harus akur akan hal ini kerana mereka belum kuat dan tidak boleh bersendirian. Bukan sahaja Arab Saudi, Qatar, Kuawait, Jordan dan Malaysia juga memiliki perjanjian serupa dengan Amerika.

Manusia seringkali terlalai daripada mengingati penciptanya lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain.


Jika kezaliman manusia ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat, nescaya permusuhan dan peperangan akan berleluasa dan menyebabkan institusi kemasyarakatan musnah dan binasa.

Islam merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta.

Oleh itu, apabila terdapat dua kemudaratan atau perkara bahaya serentak atau dalam satu masa. Penyelesaiannya ialah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dibuat kemudaratan yang lebih ringan atau pun diperhatikan yang mana lebih besar mendatangkan bahaya. Kemudian dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya.

Memiliki kumpulan pakatan kuasa besar adalah adat pasca perang dunia pertama. Siapa yang berada dalam kelompok senjata gergasi, maka mereka akan terhindar dari ditakluk musuh. Contoh, lepas perang dunia kedua, Solviet-China-Korea Utara-Cuba berada dalam satu 'Team'. Manakala USA-Britain-Perancis-Australia-Lain2 berada dalam 1 team.

Maka berlumbalah negara-negara membangun dan lemah menyebelahi/masuk dalam salah satu 'team' tersebut. Atas sebab apa? Supaya negara lemah ini tidak 'dibuli' oleh kuasa besar lain. Senang cerita, macam masuk geng kongsi gelap.

Iran adalah musuh utama Arab Saudi, Iran juga pernah berhasrat mahu menawan Arab Saudi. Bersama dengan Iran dalam 'team' gergasi iaitu Russia, China serta Korea Utara. Mereka boleh sahaja hapuskan Arab Saudi dengan sekelip mata. Apa Arab Saudi harus buat? Biarkan bersendirian ketika mana banyak negara Islam sibuk urusan masing-masing? Jika begitu, bersedialah untuk jadi padang jarak padang terkukur.

Maka sebab itu kenapa Arab Saudi berada dalam team gergasi yang lagi satu iaitu US dan Eropah. Tujuannya supaya kuasa buli itu dapat diminimakan. Namun Arab Saudi sentiasa berhati-hati dalam team yang ia sertai. Maka bagi mengurangkan kebergantungan kepada peranan kuasa besar, pakatan tentera Islam (30+ negara) dibentuk dengan Arab Saudi menjadi ketua pakatan.


Wallahu'alam

footnote:
ruj: https://www.facebook.com/halim.lion/posts/10205723163318727

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.